
Admin Assistant, Tallyman (Kidurong Warehouse)
RM 1,500 - RM 3,000 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
Admin Assistant, Tallyman (Kidurong Warehouse)
Deskripsi Kerja:
- Memastikan ketepatan penerimaan, penyimpanan, dan pengeluaran stok beras melalui pengesahan teliti serta pematuhan prosedur. Bertanggungjawab dalam pengurusan dokumentasi, pengiraan stok berkala, dan pematuhan keselamatan untuk menyokong pengurusan inventori yang efisien serta menjaga kualiti stok beras.
Tanggungjawab:
1. Operasi Penerimaan Beras
- Bertindak sebagai wakil syarikat atau gudang semasa pemeriksaan seal kontena bagi memastikan keselamatan kargo
- Menyemak dan mengesahkan jumlah beras semasa proses pemunggahan untuk memastikan ketepatan stok
- Menentukan kawasan letak yang selamat untuk kontena atau lori bagi memudahkan operasi pemunggahan
- Melakukan pemeriksaan EIRL (Equipment Interchange Receipt List) untuk memastikan keadaan kontena atau peralatan
- Mengisi maklumat penerimaan dengan tepat untuk memastikan ketepatan rekod
- Memastikan pemunggahan beras selesai sepenuhnya serta menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk menjaga kebersihan kawasan operasi.
- Merekod ketibaan lori atau kontena bagi tujuan pemantauan dan dokumentasi
2. Operasi Penyimpanan Beras
- Bekerjasama dalam penyediaan laporan pengesahan stok untuk memastikan stok beras yang tepat dan teratur
- Mengesahkan jumlah stok fizikal untuk menjaga ketepatan inventori
- Sentiasa bersedia menerima arahan daripada pihak atasan untuk pelaksanaan tugas yang berkaitan
3. Operasi Pengeluaran Beras
- Menyemak dan mengesahkan jumlah beras semasa proses pemuatan untuk memastikan ketepatan pesanan
- Mengisi maklumat penghantaran dengan tepat untuk memastikan rekod yang lengkap
- Menjalankan kerja pembersihan sebelum dan selepas pemuatan untuk mengekalkan kebersihan kawasan operasi
4. Pengurusan Dokumentasi
- Mengemaskini dokumen operasi dan menyimpannya mengikut keperluan untuk memudahkan rujukan.
- Mengemaskini dan menyimpan fail timbunan beras dengan rapi bagi memastikan akses yang mudah dan sistematik
5. Tugasan Pelbagai
- Mengambil bahagian dalam pengiraan stok tahunan untuk memastikan ketepatan inventori
- Menyertai penilaian stok berkala untuk membantu pengesahan jumlah stok
- Terlibat dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan untuk memastikan pematuhan terhadap prosedur keselamatan
6. Siap siaga terhadap arahan semasa dan patuh kepada polisi dan prosedur syarikat
- Bersedia menerima arahan pengurusan dari semasa ke semasa
1. Kelayakan:
- Minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Tahun Pengalaman Kerja:
- Minima 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
Job Type: Full-time
Pay: RM1,500.00 - RM3,000.00 per month
Benefits:
- Health insurance
Schedule:
- Day shift
- Monday to Friday
Supplemental Pay:
- Yearly bonus
Ability to commute/relocate:
- Bintulu (Bintulu): Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)
Education:
- STM/STPM (Preferred)
Experience:
- warehouse/store: 2 years (Required)
Work Location: In person