Epicareer Might not Working Properly
Learn More

SUPERVISOR (STOREKEEPER)

RM 2,000 - RM 4,000 / month

Checking job availability...

Original
Simplified

SUPERVISOR (STOREKEEPER)

Deskripsi Kerja:

  • Bertanggungjawab memastikan operasi penerimaan, penyimpanan, dan pengeluaran beras berjalan lancar dengan dokumentasi tepat dan pengurusan insiden berkesan. Menyelia kawalan makhluk perosak, memantau penyelenggaraan fasiliti untuk keselamatan, serta melaksanakan tugas tambahan yang memastikan keselamatan dan ketenteraman gudang.

Tanggungjawab:

1.Operasi Penerimaan Beras

  • Menetapkan lokasi lot beras untuk setiap kargo yang masuk bagi memastikan susunan stok efisien dan mudah diakses.
  • Menyemak dan mengesahkan Surat Agihan serta memastikan kesediaan peralatan operasi untuk kelancaran penerimaan beras.
  • Menyelia pengendalian beras, pembersihan palet, dan kawalan makhluk perosak untuk mengurangkan risiko kerosakan dan pencemaran.
  • Melaporkan kejadian beras basah, rosak, atau kemalangan untuk tindakan pembetulan segera.
  • Menyediakan dan mengemas kini dokumen operasi harian dan rekod penerimaan beras untuk memudahkan rujukan dan pengurusan inventori

2. Operasi Penyimpanan Beras

  • Memeriksa jumlah stok fizikal harian untuk memastikan stok beras sentiasa teratur dan mematuhi tahap inventori yang ditetapkan.
  • Mengemaskini Pelan Lantai Gudang secara mingguan bagi memastikan susun atur stok yang sistematik.
  • Memaparkan label pada stok untuk memudahkan pengenalan dan mengurangkan risiko kesilapan.
  • Berkoordinasi dengan kontraktor pembersihan dan kawalan makhluk perosak untuk memastikan kebersihan dan keselamatan ruang penyimpanan.
  • Memeriksa kestabilan susunan beras dan memastikan peralatan operasi sedia digunakan untuk mengelakkan risiko runtuhan dan memaksimumkan produktiviti

3. Operasi Pengeluaran Beras

  • Menyemak dan mengesahkan Pelan Pengambilan Beras atau Salinan Invois untuk memastikan pesanan tepat.
  • Menyelia pengendalian beras bagi memastikan proses pengeluaran berjalan lancar dan beras dikendalikan dengan cermat.
  • Memastikan kesediaan peralatan operasi untuk kelancaran aliran pengeluaran.
  • Melaporkan kejadian beras rosak atau basah serta kemalangan untuk tindakan pembetulan segera.
  • Menyemak dan merekod dokumen operasi harian serta pergerakan kargo untuk memastikan ketepatan rekod dan maklumat stok

4. Pengurusan Kontraktor Kawalan Makhluk Perosak

  • Mengesahkan Pesanan Kerja (Work Order) sebelum memulakan aktiviti kawalan makhluk perosak untuk memastikan ketepatan skop kerja.
  • Memaparkan Jadual Kerja Bulanan untuk memastikan semua kakitangan dan kontraktor mengetahui jadual aktiviti kawalan makhluk perosak.
  • Menyemak dan menyelenggara Laporan Perkhidmatan untuk memastikan rekod yang tepat dan pemantauan kualiti kerja kontraktor.
  • Memantau kehadiran pekerja kontraktor bagi memastikan mereka mematuhi keperluan kerja dan prosedur keselamatan
  • Melaporkan kemalangan yang melibatkan pekerja atau kargo untuk memastikan langkah pembetulan segera diambil

5. Pemantauan dan Pelaporan Penyelenggaraan Fasiliti

  • Menyiapkan Borang Kerosakan dan melaporkan untuk tindakan pembetulan bagi memastikan sebarang kerosakan dilaporkan dan diselesaikan dengan segera
  • Menyusuli perkembangan pembaikan untuk memastikan tindakan pembaikan berjalan lancar dan diselesaikan tepat pada masanya
  • Menjalankan pemeriksaan berkala dengan pasukan penyelenggaraan untuk memastikan semua fasiliti dan peralatan berada dalam keadaan baik

6. Lain-lain tugasan

  • Memastikan semua pintu gudang dibuka pada waktu operasi dan ditutup serta berkunci setelah selesai waktu operasi
  • Memastikan kunci-kunci gudang diserahkan ke peti simpanan kunci yang dikhaskan setelah selesai waktu operasi
  • Menyertai aktiviti kiraan stok tahunan bersama Jabatan Kewangan
  • Menyertai pengiraan stok berkala yang dijalankan oleh Jabatan
  • Menyertai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada pihak atasan

Keperluan Kerja:

1. Kelayakan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Diploma dan setaraf

2. Tahun Pengalaman Kerja:

  • Minima 10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

3. Pengetahuan Khusus:

  • Pengurusan Stok

4. Kemahiran:

  • Pengetahuan dalam pengurusan stor termasuk penyimpanan, susun atur stok, dan prosedur penyelenggaraan gudang yang efektif.
  • Kemahiran dalam pengurusan stok dan inventori untuk memastikan stok disimpan dengan teratur dan mudah diakses.
  • Keupayaan dalam pengawasan operasi gudang harian, termasuk penerimaan dan pengeluaran barangan dengan memastikan dokumentasi yang tepat
  • Keupayaan dalam pengurusan kakitangan bagi menyelia pekerja gudang dan memastikan produktiviti yang optimum.

Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM2,000.00 - RM4,000.00 per month

Benefits:

  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Professional development

Schedule:

  • Monday to Friday

Supplemental Pay:

  • Overtime pay
  • Yearly bonus

Ability to commute/relocate:

  • Port Klang: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)

Education:

  • Diploma/Advanced Diploma (Preferred)

Experience:

  • Warehouse/Storkeeper/inventory management: 10 years (Required)

Work Location: In person