
Human Resource Executive
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Skop Kerja: Pengurusan Sumber Manusia • Mengurus proses pengambilan pekerja termasuk iklan jawatan, saringan calon, temuduga dan pelantikan. • Menyelaras onboarding dan latihan pekerja baharu. • Menyediakan dan menyelenggara rekod pekerja serta memastikan pematuhan kepada dasar syarikat dan undang-undang buruh. • Mengurus kontrak pekerja, surat tawaran, dan penamatan perkhidmatan. Pengurusan Faedah • Mengurus tuntutan faedah pekerja seperti KWSP, PERKESO, EIS dan insurans. • Menyelaras cuti tahunan, cuti sakit, dan cuti khas pekerja. Pematuhan & Undang-Undang • Memastikan syarikat mematuhi Akta Kerja 1955 dan undang-undang buruh lain yang berkaitan. • Menguruskan disiplin pekerja termasuk amaran, siasatan dalaman dan tindakan tatatertib. • Menyediakan laporan berkaitan HR untuk pengurusan syarikat. Pengurusan Prestasi & Pembangunan Pekerja • Menyelaras sistem penilaian prestasi pekerja. • Merancang dan menyelaras program latihan serta pembangunan kerjaya pekerja. • Menyediakan cadangan kenaikan gaji dan bonus berdasarkan prestasi pekerja. Kebajikan & Hubungan Pekerja • Menjadi penghubung antara majikan dan pekerja dalam menangani isu-isu berkaitan pekerjaan. • Memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif untuk semua staf. Keperluan Jawatan: • Ijazah/Diploma dalam Pengurusan Sumber Manusia atau bidang berkaitan. • Sekurang-kurangnya 2-3 tahun pengalaman dalam bidang HR. • Pengetahuan yang baik tentang undang-undang buruh Malaysia. • Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan penyelesaian masalah yang baik.