Epicareer Might not Working Properly
Learn More

KERANI PENTADBIRAN

RM 1,500 - RM 1,999 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
Penerangan Tugas: Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). Menerima dan merekod surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat dan diserahkan kepada Ketua Cawangan untuk tindakan selanjutnya. Tanggungjawab Menyediakan surat-surat berkaitan pentadbiran am, laporan, minit mesyuarat, memo, format dan lain-lain surat rasmi yang diarahkan Ketua Cawangan Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat untuk makluman para pegawai. Memohon, merekod dan mengawal pergerakan stok alatulis serta mengagihkan kepada pegawai yang memerlukan. Menerima, mengawal, merekod dan membuat iringan cuti-cuti rehat dan pelbagai cuti dari semua kakitangan di cawangan untuk sokongan dan kelulusan serta mengemaskini penyata cuti tahunan dan pengumpulan cuti rehat bagi GCR anggota cawangan dari semasa ke semasa. Mengawalselia mesin fotostate, komputer, printer perihal kegunaan, bekalan dan melaporkan kerosakan kepada pihak logistik dan juruteknik. Memohon, memesan, merekod dan mengawalselia stem pos yang diperolehi dari urusetia bagi kegunaan pengeposan surat rasmi jabatan. Kelayakan: 1. Memiliki SPM, STPM, Sijil, atau Diploma Pentadbiran dan Pengurusan atau setaraf. 2. Sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 3. Pengalaman dengan perisian pengurusan pejabat seperti MS Office (MS Word, MS Excel) 4. Bertanggungjawab, mempunyai inisiatif, mampu bekerja dengan pengawasan yang minimum dan dapat menerima arahan daripada pihak pengurusan. 5. Mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dengan rakan sekerja, bekerja secara bebas dan mengatur tugas perkeranian yang kompleks. 6. Mempunyai lesen memandu B2 atau D.