Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Eksekutif Media Sosial & “Live Host”

Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
Ringkasan kerja: Bertanggungjawab untuk merancang, mengurus dan mengembangkan laman web korporat dan akaun media sosial syarikat, menguruskan Program Affiliate dan bertindak sebagai “Promoter” untuk produk Nova & Olive House, mengendalikan sessi langsung (live stream)untuk menyampaikan maklumat produk serta menambahbaik kempen-kempen E-Dagang sediada supaya dapat bersaing dengan pemain industri dan meningkatkan jualan syarikat. Deskripsi peranan utama: 1. Merancang secara strategik perkembangan semua akaun media sosia syarikat seperti Tik Tok dan sebagainya. 2. Menghasilkan kandungan (content) yang kreatif untuk semua video produk syarikat bagi penyiaran berkala. 3. Menyusun jadual posting secara konsisten bagi memastikan interaksi yang berterusan dengan pengikut atau penonton. 4. Mengurus Program Affiliate dan bertindak sebagai promoter produk dan memastikan perhubungan baik antara Affiliate dan syarikat. 5. Membangunkan laman web korporat syarikat, dan memastikan ianya berfungsi dengan baik. 6. Mengurus dan menambahbaik kempen-kempen platform E-dagang sedia ada dalam syarikat. 7. Menjawab semua komen dan persoalan pengikut dan pengguna platform E-dagang dan media sosial sesuai dengan objektif dan professional demi memastikan kepuasan pengguna. 8. Membuat kajian berterusan rentak (trend) E-dagang, pemasaran digital dan media sosial dan melaporkan kepada pihak pengurusan. 9. Mengendalikan dan menjadi pengacara sesi langsung (live stream) dengan kreatif dan menarik supaya maklumat dapat disampaikan dengan jelas seterusnya menarik minat pengikut untuk membeli. 10. Menyediakan laporan untuk setiap sesi langsung (live stream) yang dijalankan. 11. Memantau aktiviti siaran langsung dan kandungannya supaya tiada pelanggaran polisi. 12. Memberi cadangan penambahbaikan dari masa ke semasa Waktu Bekerja: 1. Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang (Waktu rehat : 1.00 petang - 2.00 petang) 2. Sabtu : 9.00pagi - 2.00 petang 3. Ahad : Cuti Rehat (Rest Day) Kelayakan Minima 1. Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pemasaran / Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan. 2. Pengalaman Minimum 3 - 5 tahun pengalaman dalan retail atau berkaitan. Mempunyai ilmu dalam Platform Automasi Pemasaran adalah kelebihan 3. Mahir menggunakan komputer dan applikasi e-dagang terkini 4. Boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik. Kelebihan kepada mereka yang mempunyai pengusaan dalam pelbagai bahasa. Kemahiran Utama 1. Mahir dan sentiasa up-to date dengan peraturan dan polisi platform E-dagang 2. Boleh berkomunikasi secara lisan dan dua hala dengan baik 3. Berkeperibadian kemas, menarik,kreatif dan sentiasa ceria. 4. Mempunyai ramai pengikut di akaun peribadi sosial media adalah keutamaan 5. Baik dalam penulisan dan pelaporan. 6. Selesa berdepan dengan camera. Lokasi Permis 1. Outlet Manjung Point : Farmasi i-SIHAT Sdn Bhd, No. 144, Pusat Perniagaan, Jalan Ppmp 9, Manjung Point Seksyen 1, 32040 Seri Manjung, Perak. 2. Outlet Taman Samudera: Farmasi i-SIHAT Sdn Bhd, 2280, Jalan Dato Yu Neh Huat, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak