Epicareer Might not Working Properly
Learn More
T

SALES

RM 1,200 - RM 1,499 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
Tanggungjawab Utama: Mencapai Sasaran Jualan: -Merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai dan melebihi sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat. -Memastikan setiap jualan yang dicapai selaras dengan matlamat syarikat. -Mengetahui setiap margin jualan dan keuntungan bersih selari dengan hasil Jualan keuntungan kasar yang ditetapkan. Membina dan Mengekalkan Hubungan Pelanggan: -Mencari dan mengenal pasti prospek pelanggan baru melalui panggilan telefon, emel, dan lawatan langsung. -Mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada dengan memberikan khidmat nasihat dan sokongan selepas jualan. -Berunding dengan pelanggan mengenai harga, terma dan syarat jualan. -Menyediakan sebut harga yang kompetitif dan mengikut garis panduan syarikat. -Menyediakan dan menyampaikan pembentangan produk kepada pelanggan. -Menunjukkan cara penggunaan produk dan faedahnya kepada pelanggan. Mengendalikan Urusan Dokumentasi: -Mengurus rekod jualan dan memastikan semua dokumen disimpan dengan baik. -Melakukan kajian pasaran untuk mengenal pasti trend terkini dan permintaan pelanggan. -Memantau aktiviti pesaing dan menyediakan laporan kepada pengurusan. -Bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk merancang kempen promosi. -Bekerjasama dengan pasukan khidmat pelanggan untuk memastikan kepuasan pelanggan. -Menyediakan laporan jualan mingguan, bulanan, dan tahunan kepada pengurusan. -Menganalisis data jualan untuk mengenal pasti peluang peningkatan prestasi. -Melakukan tugasan tugasan seperti yang diarahkan oleh pihak majikan Kelayakan: 1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran, Perniagaan, Pengurusan, atau mana-mana bidang yang berkaitan. 2. Sijil atau diploma dalam bidang yang sama juga boleh dipertimbangkan jika calon mempunyai pengalaman kerja yang relevan. 3. Pengalaman minimum 1-2 tahun dalam bidang jualan, pemasaran, atau perkhidmatan pelanggan. 4. Pengalaman dalam industri yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah satu kelebihan. 5. Kebolehan untuk berkomunikasi dengan jelas dan efektif dengan pelanggan dan rakan sekerja. 6. Sikap yang positif, mesra, dan berorientasi kepada pelanggan. 7. Mempunyai lesen memandu yang sah dan kebolehan untuk melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan. Gaji: Gaji+Komisen