Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Personel MySTEP (JKN Kedah)

Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
DESKRIPSI TUGAS: 1. Membantu Unit Sumber Manusia dalam menguruskan data Perjawatan. 2. Mengendalikan dan menyusun maklumat berkaitan Data Perjawatan menggunakan Microsoft Excel, Word, dan PowerPoint. 3. Menyediakan laporan serta dokumentasi berkaitan Data Perjawatan. 4. Mengurus dan mengemas kini rekod Perjawatan secara sistematik. 5. Berupaya untuk bergerak ke PTJ yang ditetapkan menggunakan kenderaan sendiri (kereta atau motosikal). 6. Terlibat dalam Audit Perjawatan yang berkaitan dengan penyediaan dan pengendalian pemutihan Data Perjawatan di setiap PTJ di Bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. 7. Mampu bekerja secara berpasukan dan aktif dalam membantu aktiviti serta inisiatif yang dijalankan oleh Unit Perjawatan JKN Kedah. KELAYAKAN & KEMAHIRAN DIPERLUKAN: 1. Memiliki Ijazah dalam bidang berkaitan. 2. Kemahiran Microsoft Excel, Word & PowerPoint yang baik. 3. Berdisiplin, berdikari, dan mempunyai kemahiran organisasi yang baik. 4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerja dalam pasukan. 5. Boleh bekerja di luar pejabat dan menghadiri sesi latihan di lokasi yang ditetapkan. 6. Mempunyai kenderaan sendiri (kereta atau motosikal) dan lesen memandu yang sah.