
EKSEKUTIF MEDIA DAN GRAFIK
RM 2,000 - RM 2,499 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
*DESKRIPSI KERJA EKSEKUTIF MEDIA DAN GRAFIK* Kelayakan 1. Diploma atau Ijazah dalam bidang media dan grafik. 2. Pengalaman dalam bidang pengurusan media sosial. 3. Berkebolehan dalam bidang editing video menggunakan apps capcut, tiktok dan yang berkaitan. 4. Kemahiran menulis kreatif dan keupayaan untuk menghasilkan kandungan berkualiti dalam pelbagai format. 5. Kebolehan untuk merancang dan melaksanakan strategi media yang berjaya. 6. Pemahaman mendalam tentang trend semasa. 8. Kebolehan untuk bekerja dengan pasukan, bekerjasama, dan mengendalikan projek secara berkesan. 9. Kemahiran multitugas dan berfokus pada matlamat, dengan kemahiran pengurusan masa yang baik. Tanggungjawab 1. Mengurus dan memastikan semua platform sosial media dikemaskini. 2. Membuat postingan di media sosial termasuklah platform sosial media Kundasang Aquafarm, Midori Homestay dan Anooh Coffee. 3. Melakukan pengumuman, pemberitahuan, notis, acara dan lain-lain. 4. Menyelidik dan mengenal pasti sasaran pasaran, trend industri, dan keperluan pelanggan untuk membangunkan strategi pemasaran yang berkesan. 5. Menguruskan dan menganalisis data pemasaran digital untuk mengukur keberkesanan kempen dan membuat laporan prestasi secara mingguan dan bulanan. 6. Menguruskan kempen iklan berbayar di media sosial dan platform pemasaran digital lain, serta mengoptimumkannya untuk memaksimumkan hasil, terutama Google Ads & FB Ads. 7. Menyalurkan aduan, pertanyaan dan pesanan kepada bahagian tertentu. 8. Menjalankan tugasan membuat liputan acara dan majlis di dalam atau luar syarikat. 9. Membuat reka bentuk bunting, banner, corak baju, key chain, merchandise atau sebarang reka bentuk yang diminta oleh pihak syarikat. 10. Menyelaras perancangan, rakaman, penyuntingan, penerbitan, promosi, dan analisis prestasi podcast untuk memastikan kualiti dan keberkesanan yang berterusan.