
SPECIAL NEEDS EDUCATOR
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
TUGASAN UTAMA ADALAH MENDIDIK KANAK- KANAK PENDIDIKAN KHAS DAN LAIN- LAIN KELEWATAN PERKEMBANGAN. MEREKA INI ADALAH TERDIRI DARIPADA KANAK- KANAK AUTISME, ADHD, DYSLEXIA, GDD DAN LAIN- LAIN ISU PERKEMBANGAN. KESEMUA KLIEN DI OHSOME KIDDIE ADALAH KANAK- KANAK PENDIDIKAN KHAS. PUSAT INTERVENSI OHSOME KIDDIE TERLETAK DI KAWASAN LARKIN, JOHOR BAHRU (berdekatan dengan larkin central) *******DESKRIPSI TUGASAN :******* 1.Merangka dan melaksana laporan individu setiap klien terlibat. 2.Terlibat dalam menguruskan semua perkara melibatkan perkembangan klien. 3.Mengajar dalam kumpulan pelajar tidak lebih dari 4-5 orang dalam 1 masa. 4.Menguruskan klien terlibat seperti kemahiran motor dan lain- lain aspek perkembangan. 5.Membuat laporan perkembangan pada setiap akhir semester. 6.Merancang pengajaran setiap minggu yang berkaitan mengikut tema bulanan. 7.Terlibat dengan perjumpaan berkala bersama dengan ibubapa. 8.Merancang aktiviti yang sesuai bagi meraikan sambutan dan perayaan. 9.Mengikuti kesemua program yang telah dirancang oleh syarikat. 10.Memastikan tahap kecergasan yang seiring dengan aktiviti dan tugasan. 11.Membuat kesemua tugasan kebersihan yang melibatkan perkembangan klien terutamanya kemahiran adaptif yang melibatkan makan, mandi, latihan tandas dan berpakaian. *******KELEBIHAN STAFF : ******* - Caruman KWSP dan SOCSO (potongan termasuk di dalam tempoh percubaan). - 14 hari cuti umum dan beberapa hari cuti tambahan perayaan. - menyertai kursus dan latihan sebagai peningkatan ilmu dan kemahiran. - peluang kenaikan gaji sesuai dengan usaha, ketrampilan dan kelayakan yang diberikan. - cuti tahunan dan cuti sakit 14 hari. - berpeluang menyerlahkan kreativiti dalam cara mengajar dan membuat aktiviti. - menerima faedah snacking dan sambutan berkala. - penilaian berkala yang membolehkan meningkatkan kemahiran staff. 5 HARI BEKERJA : ISNIN - JUMAAT : 8.00 pagi - 5.30 petang. SABTU - AHAD : Hari Cuti Rehat.