
PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIK
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
SENARAI TUGAS: 1. Melaksanakan aktiviti penjenamaan imej IIM agar sentiasa positif dalam kalangan masyarakat. • Membantu merancang aktiviti peningkatan jenama IIM melalui saluran-saluran media IIM. • Membantu melaksanakan aktiviti penjenamaan IIM. • Membantu melaksanakan penilaian aktiviti penjenamaan yang telah dilaksanakan. 2. Melaksanakan aktiviti perhubungan media bagi memberi kesedaran tentang fungsi dan peranan IIM kepada umum. • Membangunkan dan mengemas kini senarai dan profil media-media. • Membangunkan pelan komunikasi IIM yang komprehensif. • Melaksanakan aktiviti-aktiviti perhubungan media (sesi libat urus). • Melaksanakan publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi IIM melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram & YouTube. • Memantau berita/laporan berkaitan IIM. • Sentiasa berhubung dengan rakan-rakan strategik media bagi meuar-uarkan mesej-mesej perkhidmatan IIM. • Menganalisa keberkesanan aktiviti-aktiviti perhubungan media (sesi libat urus). 3. Melaksanakan komunikasi krisis agar mesej utama disampaikan dengan betul dan mendapat persepsi yang positif. • Membantu mengenal pasti mesej utama dimaklumkan kepada kumpulan sasar. • Menyediakan draf pemakluman/siaran media untuk pengetahuan umum. • Mengedar siaran media/pemakluman kepada pihak media dan saluran-saluran komunikasi IIM. • Memantau penerbitan siaran media penerimaan umum terhadap mesej yang diedarkan. 4. Melaksanakan penyelarasan proses pendaftaran dan penilaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA). • Membantu merancang proses pendaftaran dan penilaian AIGA. • Membangunkan pelan media pengumuman pendaftaran AIGA. • Melaksanakan pelan media pengumuman pendaftaran AIGA. • Berurusan dengan ketua penilai yang dilantik bagi menyempurnakan proses penilaian. • Membantu membangunkan senarai nama dan profil penilai-penilai yang dilantik. • Membantu berurusan dengan audit luar bagi melaksanakan proses pengauditan proses pemilihan pemenang AIGA. KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN KELAYAKAN AKADEMIK: Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi/Pengurusan Media/Pengurusan Acara atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN: 1. Perhubungan media dan pengurusan acara 2. Kreatif dalam penulisan dan visual PENGALAMAN KERJA YANG DIPERLUKAN: 1. Mempunyai sekurang – kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan. 2. Berpengalaman dalam pengurusan perhubungan media dan pengurusan acara GAJI: RM 2,250 – RM 11,110 (tidak termasuk elaun/imbuhan) Tangga gaji bergantung kepada pengalaman dan kelayakan yang berkaitan TARAF JAWATAN: Kontrak dua (2) tahun PERKARA AM: 1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. 2. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. 3. Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar. 4. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari IIM dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya. PANDUAN PERMOHONAN: 1. Sila sertakan resume atau “curriculum vitae” dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. 2. Sila hantarkan permohonan ke alamat emel ([email protected]), ATAU dengan memohon melalui portal MYFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my) TARIKH AKHIR PERMOHONAN: 28 Februari 2025 (Jumaat)