
Front-End Supervisor (Penyelia Juruwang)
RM 2,000 - RM 2,499 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
TUGAS: 1. Menyelia prosedur pengendalian wang tunai harian dan memastikan transaksi yang tepat. 2. Mengurus 'duit float', memastikan dokumentasi dan akauntabiliti yang betul. 3. Memastikan juruwang menyampaikan perkhidmatan pelanggan dengan baik, menjawab pertanyaan pelanggan dan menyelesaikan aduan dengan segera. 4. Menyelia dan melatih kakitangan juruwang untuk memastikan produktiviti dan perkhidmatan yang cemerlang. 5. Meyediakan jadual kakitangan dan memastikan kakitangan juruwang mencukupi pada waktu puncak. 6. Memantau inventori barang-barang keperluan untuk juruwang. 7. Pastikan kawasan bahagian hadapan bersih, teratur dan beroperasi sepenuhnya. 8. Bekerjasama dengan jabatan lain untuk memastikan operasi berjalan lancar, terutamanya semasa tempoh promosi. 9. Membantu dalam membangunkan dan melaksanakan dasar dan prosedur bahagian juruwang. 10. Menjalankan dan melaksanakan apa-apa kerja lain apabila diperlukan. SYARAT & KELAYAKAN: 1. Pernah bekerja sebagai juruwang dan sekurang-kurangnya 1 tahun sebagai penyelia juruwang. 2. Mempunyai pengalaman dalam bidang F&B dialu-alukan. 3. Mempunyai skil kepimpinan dan komunikasi yang tinggi. 4. Jujur dan amanah dalam mengendalikan wang. 5. Mahir dalam sistem POS dan alat pengurusan asas yang lain. 6. Keupayaan untuk bekerja dalam persekitaran pantas dan mengendalikan pelbagai tugas dengan berkesan. LOKASI: Pasar Besar, Central Market, Kuala Lumpur GAJI: RM2,000 - RM2,300 (bergantung kepada pengalaman)