Checking job availability...
Original
Simplified
Jawatan : Operasi Jualan dan Am Tempat Kerja: Pejabat Jualan @ GERIK, PERAK. Skop kerja : 1) Menyambut serta melayan pelanggan setiap masa dengan baik dan mesra 2) Memperkenalkan produk, berinteraksi, dan berunding dengan pelanggan. 3) Memberikan maklumat dan penerangan yang tepat berkenaan produk syarikat kepada pelanggan. 4) Bertanggungjawab dalam memberi maklumbalas kepada pertanyaan melalui telefon, Whatsapp, Facebook, dan lain-lain media sosial dengan secepat mungkin dan berhemah 5) Terlibat secara aktif dalam proses penjualan, membantu pelanggan dengan permohonan pinjaman dan urusan dokumentasi pembelian mereka. 6) Membantu pengurusan dan memberi sokongan kepada pelanggan selepas jualan seperti menangani soalan dan masalah lain. 7) Mengendalikan kerja pentadbiran berkaitan Jualan Harta dan perlu bekerjasama dengan Pihak Konsultan, Banker dan Peguam untuk memastikan kerja berjalan lancar Syarat: 1) Minimum Diploma 2) Berumur 20 - 45 Tahun 4) Calon yang mempunyai kenderaan sendiri & berpengalaman akan diutamakan 5) Sihat tubuh badan 6) Waktu berkerja 8 Jam Sehari, 6 Hari Seminggu Kelayakan yang diperlukan : • Mahir dalam bertutur dan membaca dalam Bahasa Malaysia • Mempunyai personaliti and komunikasi yang baik • Mahir menggunakan computer – Microsoft Word & Excel • Mempunyai personaliti penuh yakin, sifat yang baik, sopan, suka membantu dan kebolehpercayaan • Boleh bekerja sendiri • Pengalaman dalam penjualan atau perkhidmatan pelanggan adalah kelebihan. • Berminat untuk bertemu dengan orang dan mempunyai minat yang mendalam dalam penjualan BERMINAT SILA EMAILKAN MAKLUMAT RESUME LENGKAP KE: [email protected]