Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Penolong Pengurus Senjataapi

RM 3,000 - RM 3,499 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
Tanggungjawab Utama: 1. Pengurusan Inventori & Logistik o Mengurus, memantau, dan menyelenggara inventori senjata, peluru, serta peralatan berkaitan. o Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas senjata dan kelengkapan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik. o Mengemaskini sistem rekod persenjataan bagi memastikan ketepatan data dan pematuhan kepada prosedur keselamatan. 2. Pematuhan & Keselamatan o Memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan dan undang-undang berkaitan pengendalian persenjataan. o Menyelaras dan melaksanakan prosedur penyimpanan serta penggunaan senjata mengikut garis panduan yang ditetapkan. o Membantu dalam pemeriksaan keselamatan dalaman serta audit berkaitan persenjataan. 3. Penyelenggaraan & Sokongan Teknikal o Membantu dalam penyelenggaraan dan pembaikan senjata serta peralatan sokongan. o Berinteraksi dengan vendor atau pembekal bagi memastikan alat ganti dan kelengkapan sentiasa tersedia. o Menyediakan laporan teknikal berkaitan keadaan senjata dan cadangan penambahbaikan. 4. Latihan & Pengurusan Sumber Manusia o Memberikan bimbingan kepada staf dalam penggunaan dan penyelenggaraan persenjataan dengan betul. o Membantu dalam penyediaan modul latihan berkaitan keselamatan dan pengendalian senjata. o Memantau pematuhan kakitangan terhadap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan persenjataan. 5. Penyediaan Dokumentasi & Laporan o Menyediakan laporan berkala mengenai stok persenjataan, penyelenggaraan, dan sebarang insiden berkaitan. o Menyelaras dokumentasi berkaitan pemindahan, pelupusan, dan pemerolehan persenjataan. o Memastikan semua laporan dikemukakan kepada pihak pengurusan mengikut tarikh akhir yang ditetapkan. o Berhubung rapat dengan PDRM bagi melaksanakan proses dokumentasi dan pentadbiran, terutama hal-hal berkaitan permohonan kelulusan bagi pihak Syarikat.