
Internship - Komunikasi Massa
- Internship, onsite
- Humanitarian Care Malaysia Berhad
- Seri Kembangan, Malaysia
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Peluang Latihan Industri – Komunikasi Massa di MyCARE Kami di Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) membuka peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri dalam bidang Komunikasi Massa. Program ini membolehkan pelajar memperoleh pengalaman kerja sebenar, sambil membangunkan kemahiran profesional dalam organisasi kemanusiaan dan memahami realiti dunia kerja sebenar. Apa yang Anda Akan Lakukan? Membantu dalam penghasilan kandungan kreatif untuk media sosial dan bahan promosi. Menulis salinan kreatif (copywriting) bagi hantaran media sosial. Menjadualkan & memuat naik kandungan secara konsisten di pelbagai platform. Memantau & membalas komen, mesej, serta pertanyaan bagi meningkatkan interaksi. Menganalisis trend media sosial dan mencadangkan strategi pemasaran digital. Menyokong perancangan dan pelaksanaan kempen kesedaran dan kutipan dana. Terlibat dalam projek khas seperti program Rose2Rose dan aktiviti lain yang berkaitan. Apa Manfaat untuk Anda? Pengalaman kerja sebenar dalam industri komunikasi & media digital. Bimbingan dan latihan daripada pasukan yang berpengalaman. Sijil penghargaan selepas tamat latihan. Persekitaran kerja yang mesra dan fleksibel. Peluang membina rangkaian dalam industri NGO & media. Waktu Bekerja Hari Bekerja: Isnin – Jumaat | 8:30 pagi – 5:30 petang Waktu Rehat: Isnin – Khamis | 1:00 tengah hari – 2:00 petang Jumaat | 12:30 tengah hari – 2:30 petang Lokasi: Seri Kembangan, Selangor Elaun: RM500 sebulan Tempoh: Minimum 3 bulan Kelayakan: Pelajar Diploma atau Ijazah dalam bidang Komunikasi Massa atau bidang berkaitan. Cara Memohon: Hantarkan resume ke: [email protected] Hubungi: 03-8941 0343 Laman Web Rasmi MyCARE: https://www.mycare.org.my Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengalaman berharga bersama MyCARE!