Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Internship - Finance/Accounting

Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
Peluang Latihan Industri – Kewangan & Perakaunan di MyCARE Kami di Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) membuka peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri dalam bidang Kewangan dan Perakaunan. Program ini membolehkan pelajar memperoleh pengalaman kerja sebenar, sambil membangunkan kemahiran profesional dalam organisasi kemanusiaan dan memahami realiti dunia kerja sebenar. Apa yang Anda Akan Lakukan? Mengendalikan kemasukan dan pengurusan data kewangan menggunakan perisian kewangan. Menjalankan penyelidikan mengenai trend kewangan dan keadaan pasaran semasa. Menyelaras pengurusan akaun belum bayar dan akaun belum terima. Menyediakan laporan kewangan dan dokumen berkaitan. Menyertai mesyuarat pasukan kewangan serta memberikan sumbangan dalam perbincangan. Apa Manfaat untuk Anda? Pengalaman kerja sebenar dalam bidang kewangan dan perakaunan. Bimbingan dan latihan daripada pasukan yang berpengalaman. Sijil penghargaan selepas tamat latihan. Persekitaran kerja yang mesra dan fleksibel. Peluang membina rangkaian dalam sektor NGO & kewangan. Waktu Bekerja Hari Bekerja: Isnin – Jumaat | 8:30 pagi – 5:30 petang Waktu Rehat: Isnin – Khamis | 1:00 tengah hari – 2:00 petang Jumaat | 12:30 tengah hari – 2:30 petang Lokasi: Seri Kembangan, Selangor Elaun: RM500 sebulan Tempoh: Minimum 3 bulan Kelayakan: Terbuka kepada pelajar Diploma atau Ijazah dalam bidang Kewangan, Perakaunan, Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, atau bidang berkaitan. Cara Memohon: Hantarkan resume ke: [email protected] Hubungi: 03-8941 0343 Laman Web Rasmi MyCARE: https://www.mycare.org.my Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengalaman berharga bersama MyCARE!