
Internship – Pentadbiran (Administration)
- Internship, onsite
- Humanitarian Care Malaysia Berhad
- Seri Kembangan, Malaysia
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Peluang Latihan Industri di MyCARE Kami di Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) membuka peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan industri dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Program ini membolehkan pelajar memperoleh pengalaman kerja sebenar, sambil membangunkan kemahiran profesional dalam organisasi kemanusiaan dan memahami realiti dunia kerja sebenar. Apa yang Anda Akan Lakukan? Mengurus dokumen & fail syarikat dengan sistematik. Menyelaras komunikasi rasmi melalui panggilan dan e-mel. Mengendalikan kemasukan data dengan tepat dan tersusun. Menyiapkan dokumen rasmi seperti surat dan laporan. Menguruskan inventori dan keperluan peralatan pejabat. Menyusun jadual dan menyediakan bahan mesyuarat. Terlibat dalam projek khas yang memberi impak kepada masyarakat. Apa Manfaat untuk Anda? Pengalaman kerja sebenar dalam organisasi profesional. Bimbingan dan latihan daripada pasukan yang berpengalaman. Sijil penghargaan selepas tamat latihan. Persekitaran kerja yang mesra dan fleksibel. Peluang membina rangkaian dalam industri NGO & kemanusiaan. Waktu Bekerja Hari Bekerja: Isnin – Jumaat | 8:30 pagi – 5:30 petang Waktu Rehat: Isnin – Khamis | 1:00 tengah hari – 2:00 petang Jumaat | 12:30 tengah hari – 2:30 petang Lokasi: Seri Kembangan, Selangor Elaun: RM500 sebulan Tempoh: Minimum 3 bulan Kelayakan: Terbuka kepada pelajar Diploma atau Ijazah dalam bidang Pentadbiran, Pengurusan, Kewangan, Perakaunan, atau bidang berkaitan. Cara Memohon: Hantarkan resume ke: [email protected] Hubungi: 03-8941 0343 Laman Web Rasmi MyCARE: https://www.mycare.org.my Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengalaman berharga bersama MyCARE!