Epicareer Might not Working Properly
Learn More
B

EKSEKUTIF / PENOLONG KERANI AKAUN

RM 1,700 - RM 2,000 / month

Checking job availability...

Original
Simplified

Peluang Kerjaya: Eksekutif / Penolong Kerani Akaun

Bahtera Kembara Holidays Sdn Bhd mencari individu berbakat dalam bidang perakaunan sebagai Eksekutif / Penolong Kerani Akaun.

Keperluan:

Kelayakan: Sijil, Diploma atau Degree dalam bidang Perakaunan, Kewangan, atau bidang berkaitan
Kemahiran: Mahir dalam Microsoft Excel, perisian perakaunan (contoh: SQL, AutoCount, UBS), dan sistem e-invois adalah satu kelebihan
Pengalaman: Sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan ATAU dalam bidang Travel satu kelebihan & diutamakan
Kemahiran Tambahan: Teliti, bertanggungjawab, dan boleh bekerja secara berdikari.

Deskripsi Tugas:

Pengurusan Akaun

  • Menyediakan, menyemak, dan mengemaskini rekod kewangan serta penyata akaun.
  • Membantu dalam penyediaan laporan kewangan bulanan dan tahunan.
  • Mengendalikan akaun hutang (Account Payable) dan akaun belum terima (Account Receivable).

E-Invois & Dokumentasi

  • Menyediakan dan mengurus e-invois selaras dengan peraturan cukai semasa.
  • Menyemak ketepatan invois dan memastikan semua transaksi direkod dengan betul.
  • Mengendalikan rekod pembayaran, resit, dan dokumen berkaitan perakaunan.

Pematuhan & Audit

  • Memastikan semua transaksi kewangan mematuhi prosedur syarikat dan undang-undang percukaian.
  • Menyediakan dokumen sokongan bagi tujuan audit dan kawalan dalaman.

Pengurusan Tunai & Bank

  • Menyelaras transaksi perbankan, termasuk pembayaran bil dan pemindahan wang.
  • Menguruskan pettycash, mengawal cashflow.
  • Menyediakan rekonsiliasi bank secara berkala.

Tugas Tambahan

  • Menyediakan laporan ringkas kepada pihak pengurusan berkaitan kewangan syarikat.
  • Melakukan pembayaran Gaji, KWSP & PERKESO
  • Berhubung dengan Audit, MOTAC, Kastam dan lain-lain.
  • Berkomunikasi dengan pembekal dan pelanggan mengenai bayaran dan invois.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan oleh pihak pengurusan.

Job Type: Contract
Contract length: 3 months

Pay: RM1,700.00 - RM2,000.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Expected Start Date: 03/16/2025