J
PERSONEL MySTEP
RM 2,000 - RM 2,499 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
DIUTAMAKAN CALON YANG BERKELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SAINS SUKAN/REKABENTUK/DESIGNING 1. PERKHIDMATAN PERSONEL MySTEP DI BAWAH INISIATIF SHORT-TERM EMPLOYMENT UNTUK PROGRAM MYCHAMPION/COMBI i. Menyediakan laporan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan Penyakit Demam Denggi dalam sistem E-Dengue secara harian termasuk cuti hujung minggu dan cuti perayaan dan menghantar laporan tersebut ke Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan ii. Menyediakan laporan aktiviti pendidikan kesihatan secara harian berkaitan Penyakit Bawaan Vektor seperti Chikungunya, Malaria dan Zika dan menghantar laporan tersebut ke CPRC Kebangsaan sekiranya berlaku wabak di negeri. iii. Menjalankan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan seperti aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan, gotong royong dan pembersihan persekitaran di lokaliti wabak, kempen jalanan pembudayaan norma baharu pada hujung minggu bersama Pasukan COMBI/MycHampion dan komuniti. iv. Mengadakan sesi taklimat/mesyuarat bersama pasukan COMBI/MyChampion dan komuniti pada hujung minggu dan cuti umum bagi pelaksanaan aktiviti pendidikan kesihatan. v. Mengadakan latihan kepimpinan kepada Pasukan COMBI/MyChampion mengenai pelaksanaan program dan aktiviti vi. Rasional Kepada kebanyakan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan berkaitan terpaksa dilaksanakan pada hujung minggu dan cuti umum kerana ahli/pasukan COMBI/MyChampion terdiri daripada golongan bekerja dan kebanyakkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan pada hari biasa kecuali hujung minggu dan cuti umum. vii. Pada hari bekerja biasa, komuniti setempat keluar bekerja dan hanya berkelapangan pada hujung minggu bagi menyertai aktiviti seperti gotong-royong, pembersihan kawasan persekitaran dan penyampaian mesej dari rumah ke rumah. 2. PERKHIDMATAN MySTEP DIBAWAH INISIATIF SHORT-TERM EMPLOYMENT UNTUK PROMOSI KECERGASAN FIZIKAL i. Melaksanakan intervensi penurunan berat badan kepada komuniti setempat yang lebih berat badan dan obes sebanyak dua (2) sesi sedia ada kepada empat (4) sesi setahun. Tempoh satu sesi adalah selama tiga (3) bulan. ii. Melatih individu dan kumpulan sasar tentang kemahiran dan pengetahuan kecergasan, penurunan berat badan dan aktiviti fizikal selepas waktu pejabat dan hari cuti hujung minggu. iii. Memberi tunjuk ajar aktiviti senaman kepada peserta penurunan berat badan IFitEr iv. Mengurus dan melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan kecergasan dan aktiviti fizikal dalam kalangan komuniti yang meliputi demonstrasi/tunjuk ajar cara, memberi khidmat nasihat, memberi ceramah dan mengadakan pameran terutama pada cuti hujung minggu mengikut program-program yang dirancang bersama komuniti dan secara fizikal dan maya berdasarkan keperluan program dan kumpulan sasar. v. Mengadakan kolaborasi bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan, agensi tempatan, pertubuhan buka kerajaan (NGO), persatuan penduduk dan lain-lain pihak yang berkepentingan bagi pelaksanaan aktivit/program kecergasan dan aktiviti fizikal dalam kalangan komuniti vi. Menyelaras komuniti setempat untuk kekal aktif dengan berjalan 10,000 lanhgkah setiap hari menggunakan aplikasi BookDoc.