
Driver cum Despatch
Job Description
Sukacita dimaklumkan Pharma Nord Sdn Bhd sedang mencari pemandu yang berpengalaman seperti berikut:
Skop & Tugasan
Pemandu
· Bekerja sebagai pemandu syarikat dengan memastikan perjalanan ke lokasi dalam keadaan yang selamat serta mengikut masa dan penjadualan kerja yang ditetapkan.
· Bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan kenderaan dan memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik serta menjaga kebersihan kenderaan.
· Membantu dalam melaksanakan hal – hal yang berkaitan dengan Pentadbiran, Pengkeranian serta pengurusan aset syarikat.
· Sentiasa mengemaskini laporan berkenaan penyelenggaraan kenderaan dan laporan pergerakan kenderaan dengan sewajarnya kepada pengurus.
Despastch
· Memastikan segala dokumen Syarikat di hantar kepada pihak yang berkaitan mengikut masa yang telah ditetapkan.
· Memastikan segala dokumen barang rasmi atau surat – surat yang berkaitan Syarikat diambil dengan selamat sepertimana yang di arahkan oleh pihak atasan.
· Membantu dalam melaksanakan hal – hal yang berkaitan dengan Pentadbiran, Pengkeranian serta pengurusan aset syarikat seperti yang diarahkan
· Mengemaskini laporan harian berkaitan pergerakan aktiviti Despatch.
Kriteria & Kelayakan
· Calon mestilah berumur dalam lingkungan 20-30 tahun.
· Memiliki pengalaman bekerja sebagai pemandu dan despatch sekurang-kurangnya satu (1) atau dua (2) tahun.
· Mahir jalan-jalan sekitar Lembah Klang, dan jalan utama setiap Negeri serta berkebolehan untuk menggunakan alat navigasi memandu seperti GPS.
· Memiliki profesionalisme serta disiplin kerja yang tinggi, ketepatan masa dan kehadiran di tempat kerja yang baik.
· Boleh bekerja pada waktu bukan bekerja.
· Boleh bekerja lebih masa atau bekerja pada Cuti Umum dan hari minggu.
· Boleh bekerja sebagai satu pasukan dengan pemantauan yang minima.
· Memiliki motorsikal sendiri dan lesen memandu kelas (B2 & D) yang sah.
· Gaji akan diberi berdasarkan kebolehan dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Calon yang berminat adalah dialu-alukan untuk memohon dengan menyertakan resume, berserta dengan pengalaman kerja, gambar dan butiran maklumat yang terkini.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM2,000.00 - RM3,000.00 per month
Schedule:
- Monday to Friday
- Weekend jobs
Supplemental Pay:
- Overtime pay