Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Pembantu Pengurusan Murid Gred N1

Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
Membantu dalam pengurusan diri Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari aspek fizikal, emosi, rohani dan jasmani serta keselamatan dan kesihatan. 1. Melayani karenah dan memastikan MBPK sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. 2. Menghantar atau menyambut kedatangan MBPK semasa menghadiri kelas/ stesen PdP. 3. Memastikan keselamatan MBPK semasa berada di dalam kawasan sekolah. 4. Mengawasi MBPK setelah tamat waktu persekolahan. 5. Mengawasi MBPK semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/ urusan rasmi. 6. Menjaga MBPK yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/ penjaga untuk urusan ke klinik/ hospital. 7. Mengawal MBPK semasa perhimpunan rasmi sekolah. 8. Memastikan keperluan serta peralatan peribadi MBPK lengkap dan mencukupi. 9. Membantu MBPK ke tandas sekiranya perlu. 10. Membantu menguruskan MBPK baharu. 11. Membantu mengawasi MBPK sewaktu menerima agihan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan semasa waktu rehat. 12. Menjadi contoh teladan yang baik kepada MBPK dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. 13. Menghantar dan mengambil MBPK yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) separa. 14. Membantu guru bagi menghadiri aktiviti sukan dan ko-kurikulum.