Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Executive (Instructional Designer)

Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
A. Pembangunan VR Environment 1. Reka Bentuk dan Pembangunan Persekitaran VR: - Membuat reka bentuk 3D untuk persekitaran maya menggunakan perisian seperti Blender, Maya, atau 3ds Max. - Membangunkan persekitaran maya interaktif dengan perisian Unity. 2. Penyepaduan Elemen Multimedia: - Menambah elemen multimedia seperti animasi, audio 3D, dan video interaktif ke dalam persekitaran VR. - Mengintegrasikan elemen pembelajaran interaktif berdasarkan keperluan pengguna atau audien sasaran. 3. Ujian dan Pengoptimuman: - Melaksanakan ujian persekitaran VR untuk memastikan ia berfungsi dengan baik di pelbagai platform. - Mengoptimumkan kandungan VR untuk meningkatkan prestasi dan pengalaman pengguna. 4. Penyelenggaraan Peralatan VR & Sokongan Teknikal: - Memastikan peralatan VR dalam keadaan baik, selamat, dan sedia digunakan oleh pelajar. - Menyediakan buku panduan ringkas atau tutorial digital bagi membantu pelajar memahami cara menggunakan peralatan VR dengan betul. - Melatih pelajar dalam protokol keselamatan VR seperti cara menetapkan ruang bermain (Guardian System). 5. Dokumentasi dan Laporan: - Menyediakan laporan harian atau mingguan tentang kemajuan projek pembangunan kepada penyelia. -Memastikan peralatan VR dalam keadaan baik melalui rekod penyelenggaraan berkala dan pemeriksaan prestasi. - Membantu dalam penyelesaian masalah teknikal secara cepat dan berkesan melalui laporan isu pengguna dan log sistem. B. Pembangunan Video Pembelajaran 1. Pra-Produksi: • Memastikan skrip dan storyboard (slaid pembelajaran) telah tersedia dan dikemaskini berdasarkan kandungan kursus yang disediakan. • Menjalankan penyelidikan berkaitan elemen visual dan gaya pembentangan yang sesuai dengan audien sasaran. • Mengumpulkan bahan sokongan seperti imej, grafik dan sumber audio yang diperlukan. 2. Produksi: • Menyunting video menggunakan perisian seperti Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro, Filmora Pro, atau perisian lain yang relevan. • Melakukan pemotongan dan penyusunan klip video berdasarkan storyboard. • Memasukkan elemen interaktif seperti teks overlay, animasi ringkas, infografik, narrator, kesan bunyi, dan muzik latar untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian. 3. Pasca-Produksi: • Mengkaji dan melakukan semakan akhir bersama penyelia untuk memastikan kualiti video memenuhi standard yang telah ditetapkan. • Melaraskan elemen visual atau audio berdasarkan maklum balas pasukan dan Subject Matter Expert (SME). • Menghasilkan video dalam format yang sesuai dan dimuat naik ke dalam platform yang telah disediakan sebagai produk akhir yang dipersetujui kepada pihak SME. 4. Dokumentasi dan Laporan: - Menyediakan laporan harian atau mingguan tentang kemajuan projek pembangunan kepada penyelia. - Membantu dalam pembangunan idea baharu untuk meningkatkan keberkesanan bahan pembelajaran