
Human Resources Assistant
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
• Terlibat secara aktif dalam pengambilan pekerja dengan menyediakan job description, menyiarkan iklan di beberapa website seperti Indeed, My Future Job, dan beberapa platform lain, serta menguruskan seluruh proses pengambilan untuk memastikan pemilihan calon yang tepat dan efisien. • Menyusun senarai pendek calon yang memenuhi syarat untuk temuduga, serta menyusun jadual temuduga dan memastikan proses temuduga berjalan dengan lancar. • Berkomunikasi dengan calon sepanjang proses pengambilan, memberikan maklumat yang jelas tentang peranan, syarat, dan proses temuduga. • Menyimpan, mengemas kini, dan memastikan rekod pekerja disimpan dengan betul serta sentiasa dikemas kini untuk memudahkan rujukan di masa hadapan. • Menguruskan data peribadi pekerja, sijil, dan kelayakan lain dengan teliti, memastikan kesemua dokumen disimpan dengan selamat dan mengikut peraturan. • Menjaga dan mengemas kini maklumat peribadi pekerja dalam fail pekerja dan sistem penggajian secara tepat untuk memastikan proses pembayaran gaji berjalan dengan lancar. • Membantu dalam pengurusan cuti dan kehadiran pekerja, serta memastikan kehadiran direkod dengan tepat dan teratur. • Menjadi pengantara antara pekerja dan pengurusan dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan pekerjaan seperti aduan, permintaan khas, atau kebajikan pekerja. • Membantu dari segi menyediakan sokongan kepada pekerja dalam perkara-perkara seperti cuti, kebajikan, penilaian prestasi, dan sebagainya. • Membantu dalam proses orientasi dan latihan pekerja baru untuk memastikan mereka cepat menyesuaikan diri dengan budaya syarikat dan tugas yang diberikan. • Menyediakan laporan HR berkala mengenai prestasi pengambilan, rekod kehadiran, dan statistik pekerja untuk tujuan pemantauan dan perancangan sumber manusia. • Membantu dalam pengurusan program penghargaan pekerja dan aktiviti kebajikan yang meningkatkan kesejahteraan dan motivasi pekerja. Kami mempunyai: - Potongan EPF/SOCSO - Trip company -Cuti tahunan - Kenaikan gaji dan pangkat mengikut prestasi