Checking job availability...
Original
Simplified
PELAJAR PRAKTIKAL DIPERLUKAN DI KUALA TERENGGANU TERBUKA BAGI 5 UNIT: 1. Pemasaran 2. Pentadbiran / Logistik 3. Pereka Grafik 4. Content creator 5. Jualan SKOP TUGAS PEMASARAN: 1. Membantu dalam pembangunan dan pelaksanaan kempen pemasaran digital. 2. Membantu dengan penyelidikan pasaran untuk mengenal pasti arah aliran dan peluang. 3. Menyokong penciptaan kandungan untuk platform media sosial dan bahan pemasaran. 4. Pantau prestasi kempen dan susun laporan. 5. Membantu menyelaraskan acara dan aktiviti promosi SKOP TUGAS PENTADBIRAN/ LOGISTIK: 6. Membantu Pengurus cawangan dalam penyediaan pembayaran bil-bil bulanan syarikat 7. Mengemas kini fail-fail syarikat 8. Merekod barang logistik keluar & masuk 9. Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat. 10. Menguruskan penyimpanan dokumen dan fail-fail syarikat 11. Membantu tugas khidmat pelanggan 12. Membuat fotokopi dokumen syarikat 13. Kemaskini jualan harian syarikat 14. Kemaskini komisen jualan syarikat 15. Membantu membungkus produk yang dipesan SKOP TUGAS PEREKA GRAFIK: 1. Boleh membuat pelbagai tugas graphic designing 2. Design marketing content dan copy writing untuk social media 3. Boleh menghasilkan graphic design bagi Identiti korporat (logo, business card, letterhead, uniform) Pengiklanan & promosi (brochure, flyers, poster, print AD, Press AD), Pembungkusan (box, botol, sticker, label, tagging, paper bag, plastik beg), Digital Media ( Website, Portal, CD interaktif, E-brochure, E-Commerce) dan barangan Cenderahati (Piala, Pingat, T-Shirt, Mug, Pen) 4. Terlibat secara langsung dalam menghasilkan visual (illustrasi, photo, logo, icon, vector) yang sesuai untuk menyampaikan mesej dalam pengiklanan, identiti korporat, website, pembungkusan, multimedia dan sebagainya. SKOP TUGAS CONTENT CREATOR: 1. Tulis dan cipta idea inovatif berkaitan penulisan kandungan dan pastikan penulisan blog dikemas kini. 2. Cipta content yang menarik untuk media sosial, website dan pemasaran e-mel. 3. Bekerjasama dengan ahli pasukan untuk menyumbang idea kreatif. SKOP TUGAS JUALAN: 1. Memantau dan mengoptimumkan jualan harian dan ketersediaan produk 2. Bekerjasama rapat dengan pasukan Creative untuk menyokong kempen, promosi, pemasaran dalam talian dan lain-lain seperti yang diperlukan. 3. Mengekalkan penyenaraian produk, mengemas kini harga, mencadangkan mekanisme promosi untuk semua platform dalam talian. 4. Urus pesanan E-dagang, seperti pesanan pembeli, isu berkaitan pesanan dan sediakan penyelesaian untuk berkomunikasi antara pembeli, pemenuhan, pasukan dalaman. 5. Membantu dalam mengemaskini laman web syarikat. KELAYAKAN DIPERLUKAN: 1. Berkelulusan DEGREE di dalam bidang berkenaan. 2. Jujur, amanah & komited 3. Berumur 20 tahun dan ke atas 4. Keutamaan kepada yang berpengalaman dan KOMITED dalam menjalankan tugas. 5. Berpenampilan kemas, menarik dan sopan. 6. Boleh bekerja di dalam tekanan secara berkumpulan dan berseorangan 7. Keutamaan diberikan kepada WARGA TERENGGANU 8. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan. 9. Mempunyai kenderaan sendiri. FAEDAH DISEDIAKAN OLEH SYARIKAT: 1. Elaun praktikal sebanyak RM300.00 sebulan 2. Waktu bekerja : Waktu pejabat : Ahad – Khamis (Cuti Jumaat dan Sabtu) Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang 3. Suasana kerja yang selesa dan circle positif 4. Peluang untuk pertumbuhan profesional dan latihan. 5. Ruang ofis disediakan bersama kelengkapan 6. Latihan disediakan Bagi calon yang berminat bolehlah menghantar resume ke emel: [email protected] Peringatan mesra: 1. Anda dikehendaki menghantar resume didalam bentuk ‘PDF’. 2. 'Subject' dan resume yang diemel haruslah didalam bentuk PDF dan di 'rename' menggunakan NAMA JAWATAN YANG DIPOHON DAN NAMA PENUH PEMOHON. Sebagai contoh: PELAJAR PRAKTIKAL- FATIMAH BINTI ALI