UNIVERSITY LECTURER
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar. Perincian Fungsi dan Bidang Tugas Penyelidikan dan Penerbitan Bidang tugas ini diperlukan untuk memperluaskan bidang pengetahuan dan juga menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan (lebih terkini, lebih hands-on dan sebagainya). Pengajaran dan penyeliaan Bidang tugas ini adalah tugas rasmi/ hakiki staf. Aspek tugas pengajaran diutamakan dan penyeliaan projek tahun akhir/ latihan amali juga dititikberatkan. Sanjungan dan Kepimpinan Akademik Aspek tugas ini meliputi penglibatan staf untuk meraih anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam 2 persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya. Perundingan seseorang ahli akademik mempunyai aspek tugasan memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakarannya melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Pada asasnya dua (2) jenis perundingan dikenal pasti iaitu perundingan yang mempunyai ganjaran dan perundingan yang tidak mempunyai ganjaran. Perbezaan asas antara kedua-duanya ialah ganjaran kewangan yang diperoleh calon (tidak termasuk honorarium, per diem dan sebagainya) dan sama ada projek ini melibatkan pembayaran kepada universiti atau tidak. Perundingan yang membawa kewangan sangat digalakkan dan juga projek-projek yang berbentuk khidmat kepada masyarakat juga digalakkan. Khidmat Kepada Universiti Bidang tugas ini merujuk kepada penglibatan atau pelantikan seseorang ahli akademik dalam semua aktiviti universiti untuk menjayakan wawasan, perancangan dan hala tuju universiti. Terdapat dua (2) jenis penglibatan:- i) berasaskan jawatan pentadbiran (contoh: Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras); ii) atau berasaskan keupayaan dan kepakaran individu. Khidmat Kepada Masyarakat Bidang tugas ini merujuk kepada penglibatan seseorang ahli akademik kepada masyarakat di luar universiti khususnya dalam bidang/ aktiviti bukan akademik.