Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Project Manager Outlet

RM 2,500 - RM 4,000 / month

Checking job availability...

Original
Simplified

1. Perancangan & Penetapan Strategi Pembukaan Cawangan

  • Menyediakan rancangan pelaksanaan untuk pembukaan cawangan baru berdasarkan strategi syarikat.
  • Menetapkan timeline projek bagi setiap fasa pembukaan (contohnya: pemilihan lokasi, renovasi, hiring staf, dan pemasaran).
  • Menyediakan anggaran bajet dan memastikan kos pembangunan kekal dalam peruntukan yang telah ditetapkan.
  • Menyusun laporan kemajuan kepada pihak pengurusan syarikat.

2. Pemilihan & Penyediaan Lokasi

  • Menjalankan kajian pasaran dan menganalisis lokasi strategik berdasarkan faktor seperti demografi, trafik pelanggan, dan saiz pasaran.
  • Berunding dengan pemilik bangunan untuk mendapatkan sewa kedai yang kompetitif.
  • Menguruskan lesen perniagaan, permit operasi, dan keperluan undang-undang lain.

3. Penyelarasan Renovasi & Penyediaan Infrastruktur

  • Bekerjasama dengan kontraktor, arkitek, dan pereka dalaman untuk memastikan kerja renovasi siap mengikut masa dan spesifikasi.
  • Memastikan semua peralatan dapur, sistem POS (Point of Sale), kelengkapan meja dan kerusi tiba tepat pada waktunya.
  • Mengawasi pemasangan sistem elektrik, air, pengudaraan, dan keselamatan kedai.

4. Pengambilan & Latihan Kakitangan Baru

  • Berkoordinasi dengan pasukan Sumber Manusia (HR) untuk merekrut kakitangan bagi cawangan baru.
  • Memastikan latihan diberikan kepada staf mengikut SOP operasi dan standard perkhidmatan pelanggan.
  • Mengadakan latihan simulasi sebelum pembukaan bagi memastikan staf bersedia.

5. Penyelarasan Bekalan & Logistik

  • Berkerjasama dengan pembekal bagi memastikan stok bahan mentah, peralatan dapur, dan barang niaga tiba tepat pada masanya.
  • Menyusun strategi penyimpanan stok bagi mengelakkan pembaziran atau kekurangan bahan mentah pada hari pembukaan.

6. Strategi Pemasaran & Pelancaran

  • Mengatur promosi pembukaan cawangan termasuk iklan media sosial, flyers, dan kolaborasi dengan influencers atau food bloggers.
  • Menganjurkan soft opening & grand opening dengan pelbagai tawaran dan promosi bagi menarik pelanggan.
  • Menyediakan feedback form dan memantau maklum balas pelanggan untuk penambahbaikan selepas pembukaan.

7. Pemantauan Selepas Pembukaan

  • Melakukan lawatan tapak untuk memastikan operasi berjalan lancar dalam minggu pertama pembukaan.
  • Mengenal pasti isu awal dan mencari penyelesaian segera (contohnya masalah dapur, kualiti makanan, atau kekurangan staf).
  • Menyerahkan laporan prestasi cawangan baru kepada pengurusan utama.

8. Penyediaan Dokumentasi & SOP

  • Menyediakan checklist pembukaan cawangan yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk projek seterusnya.
  • Menyediakan manual pembukaan cawangan termasuk SOP renovasi, hiring, pemasaran, dan operasi awal.
  • Pengalaman Kerja: minimum 1 tahun dalam pengurusan projek (lebih baik jika berkaitan dengan outlet atau kedai).
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, atau bidang berkaitan, Pensijilan dalam Pengurusan Projek (contohnya, PMP) adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran dalam analisis data dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan operasi outlet.
  • Kemahiran dalam pengurusan anggaran dan bajet.
  • Keupayaan untuk menangani beberapa projek atau tugas dalam masa yang sama dengan efisien.
  • Keupayaan untuk menganalisis data atau hasil projek dan membuat keputusan yang tepat untuk memastikan kejayaan projek.
  • Teliti, bertanggungjawab, fokus pada hasil dan memastikan kualiti tinggi dalam setiap fasa projek.
  • Potongan EPF/SOCSO
  • Cuti tahunan
  • Trip company
  • Staff event
  • MC boleh claim
  • Kenaikan gaji mengikut prestasi
  • Cuti umum bergaji