Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Clinic Assistant

RM 1,500 - RM 1,999 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
Catnest Group Sdn. Bhd. sedang berkembang dan kami sedang mencari Pembantu Klinik yang bersemangat untuk menyertai pasukan kami! Berpengalaman atau tiada pengalaman amat dialu-alukan untuk menyertai kami. Skop Kerja: Sebagai pembantu klinik, bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pencucian seperti mengemop, mengelap, menyapu, mencuci cermin / perabut / dinding / tandas dan sebagainya didalam klinik bagi memastikan klinik dalam keadaan yang bersih seperti yang ditetapkan. Tugasan dan Tanggungjawab: • Bertanggungjawab untuk semua tugas pembersihan asas di sekitar kawasan yang ditetapkan. • Membersihkan bilik air, membuang sampah, mengelap cermin, membersihkan pintu dan dinding pembahagi, menyapu dan mengemop lantai, dan membersihkan tandas. • Menyapu dan mengelap stesen kerja di sekitar klinik. • Membersihkan sangkar kucing di klinik. • Memberi makan kepada kucing (force feed). • Melaksanakan tugas tambahan jika diperlukan. Ganjaran and Faedah: - Elaun. - Aktiviti tahunan syarikat seperti Hari Keluarga. - 2 hari cuti mingguan. - Manfaat perubatan sehingga RM1000. - Persekitaran kerja dengan Doktor Veterinar, Jururawat Vet dan Pembantu Vet yang berpengalaman. Jawatan kosong adalah untuk Catnest Veterinary Clinic, Sungai Besi. Jika berminat, sila emailkan resume anda kepada kami di:- - [email protected] atau whatsapp 012-8950420 (Zulkarnain).