Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Pengawai Akaun (Accounts Receivable)

  • Full Time, onsite
  • Klinik Penawar (Negeri Sembilan) Sdn Bhd
  • Seremban, Malaysia
Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
Ringkasan Tugas: Pegawai Akaun bertanggungjawab memberikan sokongan penting kepada jabatan akaun dan pasukan pentadbiran, memastikan operasi harian berjalan lancar. Fokus utama jawatan ini termasuk mengurus invois panel, mengutip hutang, dan mengekalkan rekod akaun panel serta menambah pelanggan Klinik Penawar. Pegawai Akaun juga akan membantu Pengurus dan pemimpin utama dalam tugasan harian, memastikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti tinggi, dan menepati masa. Jawatan ini memerlukan kemahiran komunikasi yang baik, ketelitian, keupayaan untuk mengurus rekod, serta pendekatan proaktif dalam pengurusan panel. Tanggungjawab Utama: 1. Pengurusan Panel Harian - Menyemak dan menyusun borang panel biasa, panel third party (TPA) mengikut abjad (A-Z). - Memastikan caj perubatan dan diagnosis selaras dengan sistem, serta borang lengkap dan bercop. - Mengemaskini senarai coverage panel dalam sistem. - Mendapatkan panel baru dan menyediakan dokumen untuk perlantikan panel. 2. Penyediaan Dokumen & Invois - Menyediakan borang panel. - Mencetak invois, memasukkan invois ke dalam sampul bertampal setem, dan mengasingkan invois mengikut lokasi penghantaran. - Memasukkan data invois panel ke dalam Sistem XERO dan menfailkan dokumen dengan teratur. 3. Pengurusan Pembayaran & Hutang - Melaksanakan offset pembayaran panel. - Mengeluarkan penyata akaun dan surat amaran kepada panel yang mempunyai tunggakan hutang. - Menghubungi panel melalui panggilan telefon dan email untuk mengutip hutang tertunggak. 4. Dokumentasi & Pelaporan - Lengkapkan slip bank untuk urusan bank serta merekodkannya dalam Sistem Excel. - Membuat laporan jualan bulanan. - Merekod surat keluar-masuk dalam buku khas. 5. Tugas Sokongan - Membantu proses pengeluaran ubat dari stor jika diperlukan. - Mengemaskini aging report dan berkongsi dengan penyelia atau ketua jabatan kewangan. - Memindahkan maklumat pembayaran daripada email syarikat kepada bahagian kewangan. Kelayakan dan Keperluan: • Pendidikan: SPM/STPM/Diploma/Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, atau bidang berkaitan. • Pengalaman: Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman mengurus panel, mengutip hutang, pernah bekerja sebagai Pembantu Klinik atau salah satu daripada mana-mana yang berikut. • Mahir menggunakan sistem perisian (AVIXO dan XERO). • Mahir dalam MS Office (Word, Excel, PowerPoint) dan Zoom. • Boleh berkomunikasi dengan baik, seperti keupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas melalui telefon. • Kemahiran menulis surat, email dan memo kepada panel. • Pengetahuan yang baik tentang ubat dan panel. • Pengetahuan yang baik dalam penyimpanan rekod dan pengurusan dokumen. • Boleh bekerja sistematik, dan mematuhi tarikh akhir untuk menyiapkan debtor aging. • Boleh bekerja di bawah tekanan sambil mematuhi arahan. • Integriti tinggi, teliti dan keupayaan untuk menguruskan pelbagai tugas dengan cekap.