Checking job availability...
Original
Simplified
“Penyelia Keselamatan Tapak” adalah Orang Kompeten yang dilantik oleh Kontraktor prinsipal kerja pembinaan untuk membantunya dalam mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024. warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP. warganegara Malaysia yang telah lulus peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) di NIOSH tetapi belum boleh berdaftar sebagai SHO kerana kurang tiga (3) tahun pengalaman, dengan syarat tambahan iaitu – i. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dalam bidang pembinaan; atau ii. menghadiri modul 6 (construction safety) bagi kursus SSS; atau iii. menghadiri kursus penyelia tapak bina (site supervisor) yang dijalankan oleh CIDB.