Checking job availability...
Original
Simplified
1. Tugas-tugas pengawal keselamatan adalah untuk melindungi harta benda syarikat, pegawai-pegawai dan kakitangan syarikat. 2. Melaporkan kepada Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia, mana-mana yang melanggar peraturan keselamatan jabatan seperti kecurian, kebakaran, kemalangan, pengitipan dan pengkhianatan (sabotaj) untuk melindungi perkara-perkara yang bertentangan dengan keselamatan dengan kadar segera. 3. Dalam melaksanakan tugas-tugas semua pengawal mestilah mengetahui: -Perintah-perintah AM. -Susunan semula bangunan syarikat. Perintah-perintah khas dan arahan-arahan khas pengawal keselamatan. Tempat-tempat kerja pegawai utama. -Tempat-tempat telefon dan pintu kecemasan (pintu keluar). Tempat-tempat simpanan peralatan untuk mencegah kebakaran. -Tempat-tempat menyimpan kotak-kotak suis, pemadam kuasa elektrik, pili bomba dan alat-alat untuk mengawal jentera. 4.Tugas-tugas biasa Pengawal Keselamatan adalah seperti berikut: -Meronda di luar kawasan bangunan-bangunan dan sempadan-sempadan. -Meronda dalam kawasan bangunan. -Mengawal pintu masuk dan pergerakan pelawat dan kenderaan. -Mencegah kecuriaan dan kerosakan harta benda syarikat, pegawai-pegawai dan kakitangan. -Memeriksa mana-mana pegawai, kakitangan dan pelawat yang disyaki membawa atau menyorok apa-apa barang syarikat. - Menahan dan menangkap mana-mana orang yang tidak diingini atau tidak dibenarkan masuk ke kawasan kilang. Mengawasi pekerja-pekerja luar dan kerja-kerja kontrak yang dijalankan.