Checking job availability...
Original
Simplified
Mengendalikan mesin pengeluaran supaya proses berjalan dengan betul dan menghasilkan hasil yang diinginkan.Apabila sesuatu keadaan yang tidak normal semasa proses pengeluaran, pengendali pengeluaran perlu memeriksa dan membuat laporan kepada penyelia. 2. Merekod dokumen pengeluaran(Traveller,Track In/Out,SPC) pengemasan dan penyelenggaraan untuk mengelakkan masalah dengan memastikan mesin dalam keadaan baik. 3. Memeriksa produk yang telah disiapkan untuk kawalan kualiti bagi hasil pengeluaran supaya mengikuti standard produk yang telah ditetapkan. Abnormaliti yang berlaku perlu diketahui untuk tujuan pembetulan atau pencegahan kerosakan. 4. Mencapai cycle time/ masa kitaran proses pengeluaran untuk tujuan output bagi memastikan kuantiti yang mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab penghantaran dan kehendak pelanggan. 5. Melaporkan kepada pihak atasan mengenai aktiviti harian dan sebarang perkara yang mempengaruhi mesin dan output pengeluaran. 6. Mengekalkan persekitaran kerja yang selamat,bersih dan megikuti SOP. 7. Bertanggung jawab memberhentikan proses pengeluaran sekiranya mendapati sebarang abnormaliti semasa aktiviti pengeluaran di jalankan. 8. Membantu untuk membimbing ,menerangkan sesuatu secara menyeluruh dan memantau kemajuan pekerja baru.Sentiasa bersedia untuk menerima latihan dan pendedahan yang terkini berkenaan peralatan dan teknik pengeluaran agar terus relevan dan setanding dengan kehendak syarikat dan pelanggan.