SUPERVISOR - MATERIAL CONTROL & WAREHOUSE
RM 2,500 - RM 2,999 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
Keutamaan kepada pemegang Diploma dan pengalaman kerja minima 3 tahun dalam bidang berkaitan. 1. Membantu Senior Supervisor / Senior Officer dalam mengawalselia operasi gudang yang merangkumi penenerimaan produk dari Luar Negara, pemunggahan kontena, penyimpanan, merekodkan inventori dan pengiraan stok. 2. Memproses senarai pengambilan dari Pejabat Jualan; merancang penghantaran produk ke cawangan. 3. Menyelesaikan masalah yang berlaku dalam bidang kuasa dalam menjalankan tugas harian memastikan tercapainya objektif jabatan. 4. Memastikan disiplin,sikap dan perbuatan pekerja dibawah penyeliaannya sentiasa mematuhi peraturan jabatan dan syarikat. 5. Memastikan pekerja di bawah seliaannya sentiasa mematuhi prosedur,tata kerja dan mengemaskini data / dokumen yang terlibat dengan betul dan tepat sebagaimana yang tercatat didalam sistem kualiti ISO 9001 dan sistem pengurusan alam sekitar ISO 14001. 6. Bertindak sebagai media komunikasi antara pengurus dan pekerja. 7. Memastikan segala peralatan kerja yang diperuntukkan adalah terkawal dan tidak disalahgunakan. 8. Memastikan kebersihan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan perkerja dan kawasan operasi. 9. Menilai prestasi pekerja dari semasa ke semasa dan berusaha menyusunatur tugasan untuk melahirkan pekerja mahir.