
PERSONEL MYSTEP 29 (IT), AKPS KDN
RM 1,500 - RM 1,999 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai latar belakang pendidikan berteraskan bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer (Sijil Kemahiran Malaysia) adalah satu kelebihan/keutamaan. Mahir menggunakan komputer terutamanya Microsoft Office Word dan Microsoft Excel serta mahir di dalam pembangunan sistem/penyelenggaraan rangkaian adalah dialu-alukan 1. Membangun dan menyelenggara sistem baharu bagi kegunaan AKPS seperti Sistem Penguatkuasa, Sistem Latihan, Sistem Kedatangan dan lain-lain lagi. 2. Menyelenggara sistem agensi lain yang bakal diambil alih dan digunapakai oleh AKPS 3. Membantu urusan pengambilalihan sistem dan aset ICT agensi lain yang bakal diambil alih oleh AKPS 4. Membantu dalam urusan perolehan perkhidmatan, perkakasan dan perisian ICT AKPS 5. Membantu mengurusetiakan mesyuarat penyelerasan dalaman AKPS dan mesyuarat bersama agensi dengan kekerapan mesyuarat adalah pada setiap bulan. 6. Membantu menyediakan Pelan Strategik Pendigitalan AKPS yang akan dibangunkan kelak. 7. Membangun dan mengemaskini Enterprise Architecture agensi mengikut keperluan semasa. 8. Membantu dalam menyediakan pelan hala tuju AKPS. 9. Membantu mengumpul input bagi tujuan analisis rekod serta data operasi di pintu-pintu masuk dan pelabuhan negara 10. Membantu dan memberi khidmat bantuan teknikal kepada pegawai AKPS dari segi urusan pentadbiran ICT 11. Membantu menyelenggara server, emel, laman web, rangkaian, infrastruktur dan pusat data AKPS. 12. Membantu urusan pematuhan dan pengukuhan keselamatan ICT 13. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran pejabat dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek sumber manusia, kewangan dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). 14. Membantu menguruskan tuntutan elaun perjalanan, elaun lebih masa dan cuti gantian. 15. Membantu menguruskan hal ehwal berkaitan sumber manusia Bahagian termasuk rekod perkhidmatan, kenaikan pangkat dan pemangkuan, tuntutan, HRMIS dan sebagainya. 16. Membantu menguruskan perancangan kewangan Bahagian termasuk belanjawan, peruntukan kewangan, kutipan hasil, tuntutan, perolehan bekalan dan sebagainya. 17. Merekod daftar bil, merekod surat keluar masuk bahagian, menghantar dokumen ke bahagian lain, penyimpanan fail. 18. Membantu pelaksanaan pengambilalihan kontrak-kontrak perolehan agensi lain 19. Mengurus dan menyelia urusan perolehan dan pengedaran barangan serta peralatan di stor, mengurus permohonan dan perakuan aset dan inventori Jabatan. 20. Membuat pemeriksaan Inventori dan Verifikasi Stok Bekalan Pejabat serta menyediakan laporan-laporan pemeriksaan harta modal, inventori dan bekalan pejabat mengikut prosedur yang ditetapkan.