Checking job availability...
Original
Simplified
Al-Amin Consultant sedang mencari calon yang cekap/bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai Financial Consultant. Jika anda komited, beretika dan mempunyai minat dalam bidang kewangan serta perlindungan takaful, ini peluang anda untuk membina kerjaya yang stabil dan bermakna. Tanggungjawab: - Menyediakan perundingan kewangan dan perlindungan takaful mengikut keperluan pelanggan. - Membina dan mengekalkan hubungan jangka panjang bersama pelanggan dan komuniti. - Merancang strategi jualan yang berkesan untuk mencapai sasaran individu dan agensi. - Mengikuti latihan berkala dan pembangunan profesional yang disediakan. Kelayakan: -Warganegara Malaysia, berumur 23 tahun ke atas. -Minima kelulusan SPM (Diploma/Degree dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan). -Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik. -Disiplin, bermotivasi tinggi dan bersedia untuk belajar. -Pengalaman dalam kewangan, insurans atau perkhidmatan pelanggan adalah satu bonus. Manfaat: -Komisen bulanan + bonus tahunan tanpa had -Latihan & bimbingan profesional secara berterusan -Peluang membina kerjaya hingga ke tahap pengurusan -Anugerah prestasi dan ganjaran percutian insentif -Waktu kerja fleksibel dan suasana kerja yang positif Jadilah sebahagian daripada pasukan profesional kami yang berdedikasi dalam memberikan perlindungan dan nilai kewangan kepada masyarakat.