Epicareer Might not Working Properly
Learn More
C

PEGAWAI RONDA POS KESELAMATAN TNB

RM 3,000 - RM 3,500 / month

Checking job availability...

Original
Simplified

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

1. Membuat rondaan harian dan laporan bertulis secara berkala di pos kawalan yang ditetapkan dan mana-mana kawasan yang diarahkan.

2. Bertanggungjawab kepada operasi perkhidmatan kawalan keselamatan di premis pelanggan termasuk penggantian Pengawal Keselamatan (PK) yang berhenti / bercuti dan kehadiran PK mengikut masa ditetapkan.

3. Memastikan PK berpakaian seragam lengkap mengikut keperluan pelanggan.

4. Memastikan peralatan, keperluan dan kelengkapan di setiap pos memenuhi keperluan dan segala peralatan syarikat seperti walkie-talkie, mesin perakam waktu, kekunci jam, dan lain-lain sentiasa dipelihara dengan baik.

5. Memastikan barang-barang milik pelanggan berada dalam keadaan sempurna dan baik dan sekiranya berlaku kecurian, kemalangan dan lain-lain di tempat bertugas, anda dikehendaki menjalankan siasatan awal dan melaporkan terus dengan kadar segera kepada Pengurusan Syarikat dan pelanggan.

6. Mengumpul dan memastikan timesheet ditulis oleh PK adalah betul dan disertakan bersama dokumen sokongan seperti MC dan lain-lain. Timesheet perlu dihantar kepada Pengurus Projek (PM).

7. Memahami dan mendapatkan peraturan kerja dan arahan daripada pelanggan / syarikat dan seterusnya menyampaikan / memastikan dilaksanakan oleh PK.

8. Membantu Pengurus di dalam urusan-urusan pentadbiran.

9. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus Projek / Pengurus Kanan / Pengurus Cawangan / Pengurus Besar.

10. Menjaga tatatertib dan etika ketika bertugas seperti yang digariskan.

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 20 tahun - 40 tahun

3. Sihat tubuh badan mental & fizikal

4. Tiada rekod jenayah.

5. Mempunyai diploma / ijazah & pengalaman dalam industri keselamatan adalah satu kelebihan

6. Mempunyai lesen & kenderaan sendiri

7. Bekas pesara tentera / unit beruniform amatlah digalakkan.

8. Memiliki sijil CSG amat diutamakan

Job Type: Full-time

Pay: RM3,000.00 - RM3,500.00 per month

Benefits:

  • Opportunities for promotion

Schedule:

  • Day shift
  • Night shift

Supplemental Pay:

  • Performance bonus

Work Location: In person