
Pegawai Pengurusan E-Dagang
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Mangosteeen Books mencari seorang Pegawai Pengurusan E-Dagang yang proaktif, rajin dalam perniagaan digital, celik digital dan sentiasa mengikuti trend pemasaran semasa untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami yang dinamik! Skop Kerja: 1. Mengurus dan menyelenggara platform e-dagang seperti Shopee, TikTok Shop, Lazada dan laman web rasmi. 2. Memproses pesanan dan memastikan penghantaran berjalan lancar. 3. Merancang dan melaksanakan kempen promosi e-dagang serta menyediakan laporan prestasi jualan. 4. Membina, mengurus dan membangunkan pasukan affliates dan dropship. 5. Merancang bahan sokongan, memberi latihan berkala, dan membina komuniti jualan dalam talian yang aktif. Kelayakan. 1. Ijazah atau Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan, E-dagang, Pemasaran atau bidang berkaitan. 2. Siswazah baharu digalakkan memohon. 3. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan e-dagang termasuk Shopee dan TikTok Shop. 4. Pengalaman membangunkan atau mengurus program affiliates' atau dropship. 5. Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Jika anda berminat, hantarkan permohonan ke [email protected] atau tekan butang di bawah sekarang!