LIVE HOST - KUBANG KERIAN
Hi, adakah anda berminat ataupun berbakat menjadi live host?
JAWATAN KOSONG: LIVE HOST & CONTENT CREATOR
Adakah anda mempunyai bakat dan berkebolehan bercakap di hadapan kamera, dan bersemangat dalam mencipta kandungan yang menarik? Kami sedang mencari seorang Live Host & Content Creator yang bertenaga untuk menyertai pasukan kami. Jika anda gemar mengendalikan media sosial, suka berinteraksi dengan penonton, dan kreatif dalam menghasilkan kandungan, inilah peluang terbaik untuk anda!
- Syarikat: AMRU INTERNATIONAL SDN BHD
- Lokasi: Kubang Kerian
- Hari & Waktu Bekerja: Ahad - Khamis (8.30 pagi - 5.00 petang)
- Gaji: RM2000 - RM2700
Peranan & Tanggungjawab:
- Menjadi wajah utama jenama AMRU – Anda akan mengendalikan sesi siaran langsung, video promosi, dan sesi soal jawab di platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok.
- Mencipta kandungan kreatif & berimpak tinggi – Anda akan merancang, menghasilkan, dan menyunting kandungan yang menarik perhatian serta meningkatkan penglibatan dan jualan.
- Berinteraksi & Bantu Pelanggan Secara Langsung – Menjawab soalan daripada penonton semasa live atau di ruangan komen, memberi cadangan produk, serta membantu pelanggan membuat keputusan pembelian.
- Pantau & tingkatkan prestasi siaran langsung – Analisis data tontonan, maklum balas penonton, dan trend semasa untuk penambahbaikan kandungan serta meningkatkan engagement.
- Jadi pemikir kreatif dalam pasukan – Sentiasa mencadangkan idea baru dan segar untuk kempen digital, video menarik, atau konten viral yang selari dengan identiti jenama AMRU.
Kriteria Yang Dicari:
- Min. SPM atau setaraf.
- Sedia untuk mula bekerja segera.
- Berpenampilan menarik, petah bercakap & perwatakan ceria.
- Berpengalaman dalam penciptaan kandungan & menjadi hos secara langsung.
- Sentiasa mengikuti trend terkini media sosial.
- Tidak takut kamera & yakin beraksi di hadapan screen.
- Kreatif serta boleh melaksanakan idea dengan pantas.
- Kemahiran menyunting gambar/video adalah satu kelebihan.
- Berminat untuk belajar & meneroka kemahiran baru.
Manfaat Yang Ditawarkan:
- Caruman EPF & SOCSO.
- Cuti tahunan & cuti sakit.
- Komisyen jika mencapai KPI sales.
- Peluang pembangunan kerjaya.
- Elaun telefon & telefon disediakan.
Berminat? Hantarkan resume anda ke [email protected] (Subjek email: Live Host).
Job Type: Full-time
Pay: RM2,000.00 - RM2,700.00 per month
Benefits:
- Opportunities for promotion
Schedule:
- Fixed shift
- Night shift
Supplemental Pay:
- Commission pay
- Overtime pay
- Performance bonus
Application Question(s):
- Do you have experience in hosting live for any social media ?
- Do you have experience in creating content for any social media ?
- Able to working for night shift?