
Pengurus Perhubungan Perbankan Premier
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Skop Pekerjaan: • Menawarkan Khidmat Nasihat Pengurusan Kekayaan yang Professional. Anda akan menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan kekayaan yang terkemuka industri, di bawah bimbingan Panel Kekayaan Wilayah (Regional Wealth Panel) kami. Berbekalkan pendedahan kepada pakar pengurusan kekayaan kami serta , kefahaman mengenai situasi ekonomi global, anda akan dapat menawarkan khidmat nasihat pengurusan kekayaan yang sesuai kepada pelanggan Perbankan Premier kami dan berpeluang. Mencapai sasaran pendapatan (KPI) anda. • Mempromosikan Perbankan Premier dan Menambah Jumlah Pelanggan Anda akan terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti jualan, selaras dengan matlamat perniagaan Perbankan Premier kami. Anda juga akan menjadi duta bank untuk berkongsi manfaat dan membawa lebih ramai pelanggan baru menjadi sebahagian daripada ahli Perbankan Premier. • Perkhidmatan Pelanggan Anda akan menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan untuk memuaskan hati mereka terhadap perkhidmatan Perbankan Premier kami. Ini selaras dengan matlamat kami untuk meningkatkan Skor Libat Urus Pelanggan (Customer Engagement Score) secara konsisten. • Mematuhi Garis Panduan Anda perlu mematuhi semua proses dan prosedur dokumentasi dengan teliti. Memastikan tiada sebarang isu dalam proses pelaporan, dan laporan dihantar tepat pada masanya. Pastikan tiada kesilapan dalam proses pembukaan akaun, pelaksanaan transaksi jualan atau juga pinjaman dan lain-lain.