K
PENGURUS PERNIAGAAN
RM 2,500 - RM 2,999 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
PENGURUS PERNIAGAAN Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) ingin mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon dan mengisi jawatan kosong seperti yang dinyatakan di atas. Syarat & Kriteria Kelayakan: 1. Mempunyai kelayakan Ijazah dalam pengurusan Perniagaan, Syariah, Pemasaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) atau kelayakan yang setaraf dengannya. 2. Mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan koperasi 3. Bertanggungjawab, amanah, proaktif, integiti, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik. 4. Berdisiplin, mematuhi undang-undang dan polisi koperasi dan berpenampilan kemas. Skop Tugas: 1. Memantau operasi dan unit perniagaan KOBANAS. 2. Melaksanakan rancangan strategik dan mencari peluang perniagaan baru. 3. Memastikan perniagaan berjalan mengikut sasaran dan arahan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). 4. Mematuhi polisi, garis panduan, dan keputusan ALK. 5. Menyediakan laporan prestasi dan kertas cadangan untuk ALK. 6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ALK dari semasa ke semasa Syarat-syarat lain: 1. Berperwatakan ceria dan boleh bekerja di dalam kumpulan. 2. Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin. 3. Bersedia untuk belajar dan bermotivasi tinggi. 4. Mempunyai kriteria proaktif, berdikari, teliti dan memiliki inisiatif.