Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Supervisor

RM 1,500 - RM 1,999 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
1. Membuat perancangan harian operasi restoran. 2. Menyediakan jadual pembersihan staf kedai dan membantu pengurus dalam menyeidakan jadual kerja serta memastikan staf sentiasa cukup untuk beroperasi. 3. Membantu syarikat mendapatkan staf baru dan terlibat dengan sesi temuduga staf baru. 4. Melatih staf baru membuat latihan semula (refresher) kepada staf sedia ada. 5. Membuat pembahagian tugasan kepada staf dan menjadi pengganti disetiap tempat pembuatan pizza, roti, air, dan dapur bagi melancarkan operasi dan mecapai KPI makanan dapur wajib dikeluar tidak lebih 20 minit untuk satu tempahan dan pizza perlu disiapkan dalam tempoh tidak lebih 10 minit bagi satu tugasan 6. Memastikan sesi perjumpaan ringkas, (Tool Box Talk/ Team Get Together) dilaksanakan setiap hari. 7. Memastikan produk yang disediakan sentiasa menepati piawaian syarikat. 8. Memastikan pengurusan tunai teratur menurut S.O.P yang ditetapkan & duit tukar sentiasa ada untuk operasi kedai. 9. Memastikan tiada ketirisan / kebocoran tunai berlaku dengan memastikan S.O.P pengurusan tunai dipatuhi. 10. Menjadi penyemak imbang (check & balance) kepada apa-apa dokumen/ transaksi/ prosesyang dilaksanakan oleh staf. 11. Memastikan duit jualan disimpan berdasarkan S.O.P yang ditetapkan. 12. Memastikan dokumen sijil pengendalian makanan setiap staf ada dan sijil suntikan thypoid setiap staf masih aktif. 13. Memastikan kehadiran setiap staf dan melapor kehadiran setiap hari dan sentiasa berinteraksi dengan staf sekiranya didapati tidak hadir bekerja. 14. Mengawalselia disiplin staf restoran dengan memastikan staf sentiasa mematuhi polisi dan prosedur yang ditetapkan dan mengambil tindakan sewajarnya menurut kuasa yang diberikan jika berlaku kes ketidakpatuhan. 15. Mengendalikan krisis samada yang melibatkan staf dengan staf lain atau pelanggan dengan staf / ketidakpuasan hati pelanggan terhadap produk / layanan dan sebagainya dan mengelakkan sebarang provokasi berlaku. 16. Membina semangat berpasukan sesame staf restoran & meningkatkan rasa kebersamaan. 17. Memberi motivasi kepada ahli pasukan untuk sentiasa bertindak melebihi jangkaan pelanggan yang berkaitan dengan produk yang disediakan dan juga persekitaran yang mesra. 18. Menyediakan laporan bertulis secara rutin bagi memastikan kedudukan inventori bahan mentah dan sisa bahan buangan bahan mentah (wastage) kekal pada paras yang dibenarkan. 19. Membuat tempahan pembelian bahan mentah kepada pengurusan membuat pembelian terus kepada pembekal menurut kuasa yang telah diberikan kepada pengurus / penyelia. 20. Memastikan bahan mentah disimpan menurut tatacara yang sewajarnya, berdasarkan konsep FIFO, ditagkan dan pastikan keselamatan bahan mentah tersebut. 21. Memastikan semua bahan disimpan ditempat yang sepatutnya setiap hari sebelum restoran tutup dan semua perkakasan ditutup dan selamat disimpan dan menghantar report bergambar setiap hari ke pengurus besar operasi. 22. Memastikan peralatan / asset-aset di restoran sentiasa dalam keadaan boleh guna & jika terdapat kerosakan, membuat aduan / laporan kerosakan kepada ibu pejabat / pengurusan atasan agar tindakan baikpulih / penggantian dapat dilaksanakan. 23. Memastikan wujud persekitaran selamat dan sihat untuk staf dan pelanggan kedai. 24. Menyediakan dan meghantar laporan bertulis progress kerja bulanan seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Laporan tersebut boleh termasuk laporan berkaitan jualan, perbelanjaan, sisa buangan (wastage), jumlah pelanggan, purata jualan / pelanggan, maklumbalas pelanggan (customer feedback), kedudukan stok, jumlah stok akhir berdasarkan pengiraan stok (stok take) dan cadangan-cadangan / idea baru. 25. Memastikan rutin pembersihan peti ais, kipas,cucian sawang, cucian bilik solat , dilakukan setiap bulan dan pembersihan meja kaunter, lantai dilakukan setiap minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. 26. Merekod atau membuat penilaian prestasi keseluruhan pasukan secara berkala bagi membantu memudahkan pihak pengurusan untuk menilai dan memberikan ganjaran / hukuman sewajarnya bagi memastikan proses ini adil dan telus.