K
Personel Mystep - Jabatan Perikanan Malaysia
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Pengurusan Stor Utama - Membantu membuat penyimpanan stok mengikut kod lokasi stok yang didaftarkan berdasarkan kategori, jenis dan membuat penyusunan secara Masuk-Dahulu-Keluar-Dahulu (MDKD). - Membantu membuat kajian keperluan stok tahunan (toner &alat tulis) peringkat Ibu Pejabat Perikanan untuk perolehan secara sebutharga. - Membuat pengeluaran stok menggunakan borang permohonan stok antara stor (Kew.PS-7) dan borang permohonan stok individu kepada stor (Kew.PS-8). - Membantu pengurusan pemeriksaan stok Jabatan mengikut kadar pusingan stok setiap suku tahun dan menyediakan Laporan Kew.PS-14 (Laporan Kedudukan Semasa Stok) untuk dilaporkan dalam Mesyuarat JKPAK Peringkat Jabatan. - Membantu menyemak paras menokok stok pada setiap bulan dengan maksima 3 bulan penggunaan. - Membantu menjalankan verifikasi Stor Utama Jabatan. - Menyelia tugas kunci masuk stok gunasama ke dalam Sistem Pengurusan Stor (SPS) di Stor Utama. - Memastikan stor berada di dalam keadaan yang baik dan teratur selaras dengan Tatacara Pengurusan Stor dan saranan audit. - Melakukan pemeriksaan stok peringkat Jabatan Perikanan Malaysia.