
PERSONEL MYSTEP (MKAK SG BULOH)
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Calon-calon yang memohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: I. Warganegara Malaysia; II. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; III. Mempunyai Kelayakan Minima Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kemahiran: Kemahiran dalam mengendalikan/ melakukan ujian analisis kimia di makmal. Pengalaman mengendalikan peralatan Gas Chromatography (GC) dan Liquid Chromatography (LC) di alu-alukan. Senarai Tugas 1) Menerima, menyemak dan mengesahkan sampel penguatkuasaan dari PKD. 2) Menjalankan analisa ujian vape dan e-cigarette. 3) Membantu Pegawai Sains C41/C44 dalam penyelenggaraan harian, mingguan dan bulanan instrumentasi HPLC. 4) Mengeluarkan keputusan makmal dan mendapatkan pengesahan (validasi) laporan daripada Pegawai Sains C41/C44 (juruanalisa bertauliah). 5) Membantu Pegawai Sains C41/C44 dalam penyelenggaraan harian, mingguan dan bulanan instrumentasi HPLC. 6) Membantu Pegawai Sains C41/C44 menjalankan method validation (MV) bagi pengujian propylene glycol, vgetable glyserine dan gliserol. 7) Membantu Pegawai Sains C41/C44 menjalankan method validation (MV) bagi pengujian menthol dan perasa. 8) Membantu dalam mendapatkan sampel tembakau, perolehan standard, bahan kimia dan keperluan konsumabel lain bagi pengujian MV. 9) Bertanggungjawab ke atas penyimpanan kesemua rekod-rekod, dokumen-dokumen serta hasil analisa. 10) Melakukan tugas rasmi dan menurut arahan Pengarah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan serta arahan Pegawai-pegawai atasan lain dari masa ke semasa.