R
Assistant Finance Manager
RM 4,000 - RM 5,000 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
1. Perancangan & Strategi Kewangan
- Membantu ketua jabatan, merancang dan mengurus aliran tunai syarikat untuk memastikan kelancaran operasi harian.
- Membantu merangka dan melaksanakan strategi kewangan jangka pendek dan panjang bagi meningkatkan prestasi kewangan syarikat.
- Menyediakan bajet, unjuran kewangan dan laporan analisis untuk menyokong keputusan strategik pihak pengurusan.
2. Penyata Kewangan & Perakaunan
- Menyediakan dan menyemak penyata kewangan bulanan, suku tahunan dan tahunan mengikut piawaian yang ditetapkan (contoh: MFRS/MPERS).
- Menyelia proses penyediaan akaun termasuk rekod transaksi, penyesuaian bank, dan penutupan akaun tahunan.
- Memastikan laporan kewangan lengkap, tepat dan menepati keperluan audit serta pematuhan undang-undang.
3. Audit & Kawalan Dalaman
- Menguruskan audit luaran dan bekerjasama dengan juruaudit dalaman penyediaan dokumen yang diperlukan.
- Melaksanakan audit dalaman berkala dan mencadangkan penambahbaikan terhadap kawalan dalaman.
- Menyediakan laporan kepada pihak pengurusan dan badan kawal selia seperti LHDN dan SSM apabila diperlukan.
4. Pengurusan Kewangan Harian
- Memastikan pembayaran seperti gaji, hutang, dan perbelanjaan operasi dilakukan tepat pada masa.
- Memantau kutipan bayaran pelanggan dan memastikan ia diterima dalam tempoh ditetapkan.
- Menyelia pengurusan baki tunai dan pelaburan jangka pendek untuk memastikan kecairan mencukup.
5. Percukaian & Pematuhan
- Membantu ketua Jabatan merancang strategi percukaian yang berkesan dan memastikan pembayaran cukai dibuat tepat pada masa.
- Memastikan semua penyata cukai disediakan mengikut keperluan LHDN dan undang-undang semasa.
- Mengendalikan semua dokumentasi berkaitan percukaian seperti CP204, e-Filing dan SST.
6. Undang-Undang & Peraturan Berkaitan
- Memastikan syarikat mematuhi semua undang-undang kewangan dan perakaunan yang berkuat kuasa.
- Mengurus dan memantau pendaftaran syarikat, lesen perniagaan dan pengisytiharan kepada pihak berkuasa berkaitan.
- Bertindak sebagai penasihat kepada pihak pengurusan dalam aspek risiko kewangan dan pematuhan undang-undang.
7. Lain -lain
- Bersedia menerima arahan untuk menyiapkan tugasan AD HOC
Job Types: Full-time, Contract
Contract length: 6 months
Pay: RM4,000.00 - RM5,000.00 per month
Benefits:
- Maternity leave
- Opportunities for promotion
- Professional development
Schedule:
- Fixed shift
- Monday to Friday
Supplemental Pay:
- Attendance bonus
- Overtime pay
Experience:
- Account management: 5 years (Preferred)
Language:
- Bahasa (Preferred)
Work Location: In person