Checking job availability...
Original
Simplified
Penyediaan & Penyelarasan Acara 1. Memastikan persiapan sebelum acara berjalan lancar (susun atur meja, peralatan, makanan, dan dekorasi). 2. Berkomunikasi dengan pelanggan untuk memastikan semua keperluan dipenuhi. 3. Menyelaraskan jadual kerja staf banquet mengikut keperluan acara. Penyeliaan Staf & Operasi 1. Mengarahkan dan memberi tugas kepada pelayan banquet dan kru penyediaan. 2. Memastikan setiap staf memahami SOP dan memberikan perkhidmatan berkualiti. 3. Membantu melatih staf baharu mengenai prosedur kerja dan etika layanan pelanggan. Kualiti Perkhidmatan & Pemantauan Majlis 1. Memastikan makanan dan minuman disajikan dengan betul dan mengikut jadual. 2. Memeriksa kebersihan kawasan majlis serta penyusunan peralatan. 3. Bertindak pantas dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul semasa acara berlangsung. Komunikasi & Penyelesaian Masalah 1. Berinteraksi dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas dan menyelesaikan aduan dengan profesional. 2. Menyelaraskan keperluan teknikal dengan pasukan AV (audio visual) jika diperlukan. Pengurusan Inventori & Laporan 1. Mengurus dan menyelia inventori peralatan banquet seperti pinggan mangkuk, kutleri, dan hiasan meja. 2. Menyediakan laporan selepas acara, termasuk prestasi staf, penggunaan bahan, dan maklum balas pelanggan. Pematuhan Keselamatan & Kebersihan 1. Memastikan staf mematuhi garis panduan keselamatan makanan dan kebersihan tempat kerja. 2. Mengawasi pemakaian seragam dan penampilan staf agar sentiasa kemas dan profesional.