Checking job availability...
Original
Simplified
1) Bertanggungjawab membantu syarikat dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek kerajaan atau swasta. 2) Membantu syarikat dalam mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan projek dan pentadbiran kontrak bagi setiap projek. 3) Membantu syarikat dalam menyemak dan menyelaras penyediaan laporan kemajuan fizikal dan kewangan. 4) Membantu syarikat dalam memantau dan mengemaskini Laporan Kemajuan Projek (CPM). 5) Menghadiri mesyuarat tapak bagi memastikan perjalanan pelaksanaan dan kemajuan projek mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan. 6) Membantu syarikat untuk menyediakan laporan kemajuan dan mengenalpasti masalah terkini untuk rujukan majikan. 7) Memastikan setiap kerja yang dilakukan oleh setiap sub kontraktor mengikut drawing dan spesifikasi. 8) Memastikan material on site sentiasa mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar. 9) Mengemaskini rekod-rekod seperti site diary, gambar kemajuan, bilangan pekerja, tahap kemajuan semasa dan lain-lain. 10) Boleh bekerja di HQ syarikat di Chemor dan travel berkala ke tapak projek.