Checking job availability...
Original
Simplified
Perancangan & Penjadualan Majlis 1. Menyusun jadual acara dan memastikan persiapan tempat mengikut keperluan pelanggan. 2. Berhubung dengan pelanggan atau pihak jualan untuk memahami keperluan majlis. Penyelaras Acara 1. Menyelia dan menyelaras pelaksanaan majlis dari awal hingga akhir (setup, service, teardown). 2. Memastikan semua kakitangan banquet faham akan peranan dan tugasan mereka. Penyeliaan Kakitangan 1. Mengarahkan pelayan banquet, kru penyediaan dan pembantu teknikal. 2. Melatih kakitangan baharu tentang SOP dan standard layanan pelanggan. Pemeriksaan Kualiti 1. Memastikan hidangan disediakan dan disajikan mengikut standard. 2. Menyelia susun atur meja, kerusi, peralatan, dekorasi, dan sistem AV (audio visual). Penyelesaian Masalah 1. Bertindak pantas sekiranya berlaku sebarang isu semasa acara. 2. Menangani aduan pelanggan dengan cara yang profesional. Laporan & Dokumentasi 1. Menyediakan laporan selepas majlis. 2. Menyimpan rekod kehadiran, prestasi staf, dan maklum balas pelanggan. Kawalan Kos & Inventori 1. Menjaga penggunaan stok dan peralatan banquet. 2. Membantu dalam pengurusan bajet dan pengurangan pembaziran.