Epicareer Might not Working Properly
Learn More

CONTENT CREATOR CUM LIVE HOST

RM 2,000 - RM 2,499 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
Hi, adakah anda berminat ataupun berbakat menjadi live host? JAWATAN KOSONG: LIVE HOST & CONTENT CREATOR Adakah anda mempunyai bakat dan berkebolehan bercakap di hadapan kamera, dan bersemangat dalam mencipta kandungan yang menarik? Kami sedang mencari seorang Live Host & Content Creator yang bertenaga untuk menyertai pasukan kami. Jika anda gemar mengendalikan media sosial, suka berinteraksi dengan penonton, dan kreatif dalam menghasilkan kandungan, inilah peluang terbaik untuk anda! - Syarikat: AMRU INTERNATIONAL SDN BHD - Lokasi: Kubang Kerian - Hari & Waktu Bekerja: Ahad - Khamis (8.30 pagi - 5.00 petang) - Gaji: RM2000 - RM2700 Peranan & Tanggungjawab: - Menjadi wajah utama jenama AMRU – Anda akan mengendalikan sesi siaran langsung, video promosi, dan sesi soal jawab di platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok. - Mencipta kandungan kreatif & berimpak tinggi – Anda akan merancang, menghasilkan, dan menyunting kandungan yang menarik perhatian serta meningkatkan penglibatan dan jualan. - Berinteraksi & Bantu Pelanggan Secara Langsung – Menjawab soalan daripada penonton semasa live atau di ruangan komen, memberi cadangan produk, serta membantu pelanggan membuat keputusan pembelian. - Pantau & tingkatkan prestasi siaran langsung – Analisis data tontonan, maklum balas penonton, dan trend semasa untuk penambahbaikan kandungan serta meningkatkan engagement. - Jadi pemikir kreatif dalam pasukan – Sentiasa mencadangkan idea baru dan segar untuk kempen digital, video menarik, atau konten viral yang selari dengan identiti jenama AMRU. Kriteria Yang Dicari: - Min. SPM atau setaraf. - Sedia untuk mula bekerja segera. - Berpenampilan menarik, petah bercakap & perwatakan ceria. - Berpengalaman dalam penciptaan kandungan & menjadi hos secara langsung. - Sentiasa mengikuti trend terkini media sosial. - Tidak takut kamera & yakin beraksi di hadapan screen. - Kreatif serta boleh melaksanakan idea dengan pantas. - Kemahiran menyunting gambar/video adalah satu kelebihan. - Berminat untuk belajar & meneroka kemahiran baru. Kelebihan: - Caruman EPF & SOCSO. - Cuti tahunan & cuti sakit. - Komisyen jika mencapai KPI sales. - Peluang pembangunan kerjaya. - Elaun telefon & telefon disediakan. Berminat? Hantarkan resume anda ke [email protected] (Subjek email: Live Host).