
JURUTERA PROJEK
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
LOKASI PENEMPATAN BEKERJA Johor Special Water Sdn Bhd (JSW) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Menyediakan dan menyelaras pelan projek termasuk jadual kerja, anggaran kos dan sumber yang diperlukan. Menilai keperluan projek dan menentukan keperluan teknikal. 2. Bertanggungjawab dalam keseluruhan pengurusan kontrak, BQ, lukisan projek, pemantauan dan kawalan kos pembinaan, rundingan dengan sub-kontraktor, serta tugas-tugas berkaitan yang lain. 3. Mengawasi pelaksanaan projek di tapak untuk memastikan semua kerja mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan. 4. Menyelaraskan aktiviti harian dengan sub-kontraktor, pembekal, dan pihak berkepentingan lain. 5. Memantau kemajuan projek dan memastikan kerja siap mengikut jadual. Mengurus perubahan reka bentuk dan mengemaskini dokumen projek yang berkaitan. 6. Mengenalpasti risiko berpotensi yang berkaitan dengan terma dan syarat kontrak. Memberikan cadangan untuk mengurangkan risiko dan memastikan pematuhan dengan keperluan undang-undang dan peraturan. 7. Melakukan pengurusan risiko dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa pelaksanaan projek. 8. Mengawal kos projek untuk memastikan ia berada dalam bajet yang ditetapkan. 9. Memantau urusan perolehan dan membuat pengesahan dokumentasi perolehan yang berkaitan. 10. Memastikan semua kontrak mematuhi polisi syarikat, prosedur dan undang-undang serta peraturan yang berkaitan. 11. Menyediakan laporan kemajuan projek dan dokumentasi teknikal. Menyimpan rekod yang dikemas kini mengenai semua aktiviti projek dan memastikan semua dokumen adalah lengkap dan tepat. 12. Berkomunikasi dengan pasukan projek, pelanggan, dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan semua pihak terlibat memahami status projek dan isu-isu yang mungkin timbul. 13. Menghadiri mesyuarat kemajuan bulanan dan menyampaikan kemas kini projek kepada pengurus projek. 14. Menjaga keselamatan dan kesihatan di tapak projek dengan mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan. SYARAT DAN KELAYAKAN 1. Warganegara Malaysia; 2. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal / Quantity Surveyor / lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 3. Mempunyai pengalaman kerja di dalam bidang berkaitan pembangunan projek sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun; 4. Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sama ada secara lisan dan bertulis; 5. Mahir menggunakan Microsoft Office 365 dan seumpamanya; 6. Mempunyai daya kepimpinan yang baik; 7. Boleh bekerja dengan pengawalan yang minimum; 8. Pemahaman yang tinggi berkaitan kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal; 9. Kemahiran rundingan dan komunikasi dengan pelanggan/klien dengan baik; 10. Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan mengurus pelbagai tugas secara serentak; 11. Cekap dalam mengurus projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam BQ dan tapak projek; 12. Kemahiran membaca lukisan projek serta piping & instrumentation yang baik; dan 13. Berkemahiran dalam menyediakan laporan dan kertas kerja. GAJI DAN POTONGAN 1. Purata gaji berserta elaun tetap adalah RM4,001.00 hingga RM4,901.00 sebulan; dan 2. Potongan KWSP, SOCSO dan EIS. Job Types: Full-time, Contract Contract length: 24 months Pay: RM4,001.00 - RM4,901.00 per month Benefits: Free parking Maternity leave Opportunities for promotion Schedule: Fixed shift Education: Bachelor's (Preferred) Experience: work: 3 years (Preferred)