
Personel MySTEP Unit Promosi Kesihatan / Wellness Hub
RM 2,000 - RM 2,499 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik. Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia. Syarat Kelayakan: - Warganegara Malaysia - Berusia 23 hingga 35 tahun - Berdaftar dengan MYFuture Jobs - Mampu bertugas di dalam dan diluar pejabat Sijil Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial / Komunikasi / Media Baharu atau setaraf dengannya. Skop Tugas : 1. Menyelaras aktiviti ANMS Negeri Kedah 2. Menguruskan maklumat rakan strategik kesihatan Negeri Kedah 3. Mengurus pelaporan data bulanan ANMS Negeri Kedah 4. Membantu aktiviti promosi peringkat unit dan jabatan 5. Dan lain-lain yang di tugaskan oleh ketua jabatan (Keutamaan diberikan kepada calon yang boleh menggunakan aplikasi komputer penyimpanan data dengan baik dan berkebolehan menyelaras aktiviti yang melibatkan orang ramai) Tempat Bertugas : Unit Promosi Jabatan Kesihatan / Wellness Hub (calon yang tinggal atau menetap di sekitar Daerah Kota Setar dan daerah yang berdekatan)