Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Special Need Teacher

  • Full Time, onsite
  • Little Mukmin Play & Learn Group Sdn. Bhd.
  • Wangsa Maju, Malaysia
RM 2,000 - RM 2,200 / month

Checking job availability...

Original
Simplified
  • Merancang, menyedia dan melaksanakan rancangan pengajaran individu (RPI) mengikut keperluan dan kebolehan murid berkeperluan khas.
  • Memberikan sokongan pendidikan kepada kanak-kanak yang mempunyai pelbagai keperluan seperti autisme, disleksia, ADHD, sindrom Down, masalah pembelajaran dan lain-lain.
  • Menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian untuk membantu perkembangan murid dari segi akademik, sosial, emosi, dan fizikal.
  • Menyediakan laporan kemajuan murid secara berkala serta menjalankan penilaian perkembangan individu.
  • Bekerjasama rapat dengan ibu bapa, penjaga, ahli terapi, dan pihak sekolah untuk memastikan kesejahteraan dan kemajuan murid.
  • Membina persekitaran pembelajaran yang selamat, inklusif dan mesra murid.
  • Mengendalikan tingkah laku murid secara positif dan membina melalui strategi pengurusan tingkah laku yang berkesan.
  • Menghadiri kursus, bengkel atau latihan berkaitan Pendidikan Khas secara berkala untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional.
  • Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau kelayakan yang sama.
  • Calon yang mempunyai pengalaman kerja relevan selama 1 tahun akan menjadi satu kelebihan.
  • Pengalaman bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas adalah satu kelebihan
  • Pemahaman yang sangat baik tentang prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak dan kaedah pendidikan pra-sekolah.
  • Kemahiran komunikasi dan pengajaran yang cemerlang.
  • Kemahiran analitik yang kuat dan kemampuan menyelesaikan masalah.
  • Tenang, mesra, dan boleh dipercayai.
  • Minat dalam perkembangan kanak-kanak awal.
  • Mempunyai kesabaran, empati dan minat yang mendalam untuk membantu murid dengan pelbagai latar belakang keupayaan.
  • Kreatif dan fleksibel dalam merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan bersesuaian.
  • Boleh bekerja secara berpasukan dan juga kendiri dalam persekitaran yang dinamik.
  • KWSP & SOCSO
  • Medical Claim
  • Sabtu & Ahad Cuti (Melainkan Ada Training)
  • Tempat tinggal disediakan
  • Rakan Pekerja Yang Ramai
  • Ruang Yang Selesa
  • Cuti Yang Fleksibel
  • Komplimentari Sarapan & Makan T/ghari
  • Menambah nilai kepada pengalaman bekerja
  • Sokongan Mendapatkan Sijil Asuhan Permata (KAP)