Marketing & Event Planner
RM 2,500 - RM 2,999 / month
Checking job availability...
Original
Simplified
Deskripsi Kerja: Jualan Pemasaran: - Berkomunikasi dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan acara dijalankan dengan lancar. - Mengendalikan promosi acara melalui media sosial, iklan, dan bahan pemasaran lain. - Membangun hubungan dengan media untuk mendapatkan liputan acara atau publisiti. - Menguruskan penjualan tiket atau pendaftaran peserta (jika perlu). - Menjawab pertanyaan pelanggan atau media berkaitan acara. - Menjejak keberkesanan iklan berbayar (FB Ads, Google Ads). - Memastikan laman web dan platform RSVP sentiasa dikemaskini. Perancang Acara: - Bekerja rapat dengan pelanggan untuk memahami matlamat acara dan sasaran audiens. - Merancang tema acara, susunan aturcara, lokasi, dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif. - Menyediakan cadangan acara, termasuk anggaran bajet, senarai pembekal, dan idea kreatif. - Menyediakan dan mengawal bajet untuk acara, termasuk kos lokasi, katering, pengangkutan, dan bahan-bahan promosi. - Memastikan semua pembekal dan vendor mematuhi had bajet yang ditetapkan. - Memantau semua perbelanjaan dan memastikan acara berjalan mengikut anggaran. - Menyusun perjanjian dengan vendor seperti katering, penyedia peralatan AV, jurugambar, dan lain-lain. - Memastikan semua vendor menyediakan perkhidmatan mengikut keperluan dan piawaian yang ditetapkan. - Menyusun semua keperluan logistik acara, seperti pengangkutan, penginapan (untuk acara yang memerlukan), dan penyediaan tempat. - Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk acara tiba tepat pada masa dan di tempat yang betul. - Menyediakan pelan kecemasan dan penyelesaian masalah sekiranya berlaku gangguan. - Bertanggungjawab dalam merancang keseluruhan aspek teknikal acara (staging, lighting, sound, video, rigging). - Menjaga cue (aturcara) dari segi lighting, muzik, visual, bersama Event Director. - Pastikan setiap ahli pasukan tahu tugasan masing-masing dan bekerja ikut timeline. Kemahiran & Kelayakan: - Diploma / Degree di dalam kos Event Management, Business Studies, Entrepreneurship, Pemasaran, Komunikasi dan seangkatan dengannya. - Mempunyai pengalaman kerja selama 2-3 tahun. - Kemahiran komunikasi yang baik samada lisan mahupun bertulis. - Kebolehan menguruskan masa dan bekerja di bawah tekanan. - Keterampilan organisasi yang tinggi untuk menguruskan pelbagai tugas dalam masa yang sama. - Kreatif dan berkemampuan untuk memikirkan idea acara yang menarik dan unik. - Mahir menggunakan perisian seperti Microsoft Office, Google Workspace, dan perisian pengurusan projek (contoh: Trello, Asana). - Pengalaman dalam perancangan acara dan/atau kelulusan dalam bidang berkaitan (Pemasaran, Komunikasi, Pengurusan Acara) adalah satu kelebihan.